Sunday, 9 September 2012

Ungu - SurgaMu

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar sahabat-sahabat khair sekalian? Pada hari ini, khair nak kongsi 1 lagu yang sangat-sangat khair suka sejak kali pertama khair mendengarnya. Tapi khair tidak tahulah jikalau sahabat-sahabat pun sekepala sama macam khair. Lain orang lain pandangannya. (:

Sejarah timbulnya minat akan lagu ini ketika mana khair menghadiri Majlis Penutupan Kursus Persediaan Pelajar-pelajar ke IPT Timur Tengah. Tika itu satu persembahan nasyid yang bertenaga daripada sahabat-sahabat khair bertajuk ما لي رب سواه (lagu pertama) dan SURGAMU (lagu kedua). Butir-butir maklumat : Sila rujuk di bawah :

Bukan gambar hiasan

Tanpa membuang masa, khair nak berkongsi lagu + lirik lagu tersebut. Diharap sahabat-sahabat semua dapat menghayati setiap bait-bait lagu ini. Semoga anda terhibur dan mendapat keredhaan Allah S.W.T, InsyaAllah. Wallahu A'lam.






Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Saturday, 8 September 2012

P.I.J.A.T

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam pagi Sabtu. Apa khabar sahabat-sahabat khair sekalian? Alhamdulillah, pada hari ini, khair akan berkongsi sedikit maklumat mengenai PIJAT. Mungkin ada dalam kalangan sahabat-sahabat yang sudah mengenali benda alah spesies ini. 

Khair tergerak untuk berkongsi mengenai hidupan ini setelah menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersama Exco Negeri Selangor anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) semalam di Masjid 'Ubudiyyah Seksyen 19.


Pengerusi ILMAM Selangor, Ustaz Mohd Farhan Madzlan telah berucap mengenai suasana di Mesir. Khair tertarik dengan kata-kata beliau yang berbunyi, "Kalau di Malaysia, pada waktu malam kita sering diganggu dengan serangga bernama nyamuk, tetapi di Mesir, kita akan bersahabat dengan PIJAT pada waktu malam." (maaf kerana terdapat banyak tokok tambah dalam kata-kata beliau). Maka, lahirlah entri ini. Itu yang pertama taw! (:

Kedua, timbulnya idea untuk menitip entri ini berikutan satu post oleh sahabat khair bernama Aiman Al-Kant (bukan nama sebenar) yang berbunyi, "Terima kasih kepada nyamuk yang menggangguku di saat aku nak TIDUR!!!" Pabila teringat nyamuk, maka khair akan teringat pijat.haha! ^_^

Khair tidak mahu membuang masa, jadi khair teruskan dengan tajuk di atas. Kita nak bertaaruf sedikit dengan serangga ini. Memetik artikel daripada http://ms.wikipedia.org , Pijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain.Pijat (or sometimes bedbugs) adalah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius. Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas.Sejumlah kesan yang menjejaskan kesihatan mungkin disebabkan oleh pijat, termasuk radang kulit, kesan psikologi, dan simptom alahan. Diagnosis membabitkan menjumpai pijat dan simptom serasi yang timbul. Rawatan sama juga sekadar merawat simptom.

Di dunia yang membangun, pijat kebanyakannya dihapuskan sebagai perosak pada awal 1940-an, tetapi semakin meningkat sejak 1995. Oleh kerana jangkitan habitat manusia semakin meningkat, keadaan berkait dengan gigitan pijat juga turut semakin meningkat. Punca sebenar peningkatan ini kurang jelas; ia dikatakan disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing, peningkatan pertukaran perabut terpakai di rumah-rumah, penumpuan lebih besar pada pengawalan haiwan perosak lain menyebabkan pengabaian pengawalan pijat, dan peningkatan kekebalan pada racun serangga. Bed bugs have been known as human parasites for thousands of years.

Pijat menggemari habitan dalam rumah dan terutamanya di katil atau kawasan tempat tidur yang lain. Pijat sungguhpun tidak nokturnal sepenuhnya, kebanyakannya aktif pada malam hari dan mampu menghisap darah tanpa disedari oleh hos mereka. 

Inilah serba sedikit mengenai sahabat kita yang bernama PIJAT. Kepada sahabat-sahabat khair yang hendak ke Mesir khusunya, bersedialah untuk mendapat 'kawan baru' di sana. Semoga dengan artikel ini dapat menambahkan lagi ilmu sahabat semua. Ops! khair terlupa nak tunjukkan gambar 'kawan baru' kita ini. Nah, sahabat-sahabat tengoklah sepuas-puasnya! (^^,)


Bukan gambar hiasan

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday, 4 September 2012

Hubungan Adolf Hitler Dengan Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali khair nak share dengan korang berkenaan kisah sebenar di sebalik apa yang cuba diselindungkan oleh media barat. Ni adalah salah satu kesan propaganda barat terhadap apa-apa berita atau kisah.... Sekali diorang (media barat) cakap A... maka semua orang akan percaya yang A tu lah kebenaran....padahal tidak benar.... Ingat.... Kita ni senang ditipu.... Ikutilah kisah yang menjadi rahsia di sebalik Adolf Hitler....(oleh http://wacanaku2009.blogspot.com)


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si Hitler ini dijadikan tajuk?" 

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?" 
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu. 

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam. 


Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir... 

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi... 





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler. 
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran : 

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah... 

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar 

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German. 

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.
Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?" 

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas... 

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat. Bukan sahaja pasal Hitler.....tetapi banyak lagi yang kita tak tahu akan kebenaran.... Kisah sejarah negara kita.... Kisah Neil Amstrong.... Kisah sejarah Mesir purba..... Banyak lagi yang kene check balik...;)
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR