Tuesday 27 December 2011

CINTA MUKA BUKU - Edisi ISLAMIK



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.


P/s: Hanya perkongsian semata-mata. Tidak ada niat untuk melukakan hati sesiapa pun. Sebelum menonton video ini, diminta untuk PAUSE atau STOP lagu dalam blog ini (Halwa Telinga) .

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 21 December 2011

Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.



Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Sunday 18 December 2011

Bicara Kata- InTeam

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Lagu ini khas buat teman-teman khair. Jagalah setiap tutur kata kita. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Hayatilah lirik lagu ini.

            

P/s: Jangan lupa tekan butang pause @ stop pada lagu dalam blog khair dahulu ya.
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 16 December 2011

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Assalamualaikum.
Bismillah.

Pada hari Selasa, 13 Disember 2011, khair telah berkongsi ilmu mengenai Manusia Yang Dibenci Iblis. Jadi, pada hari ini, seperti tajuk di atas, kita bersama-sama akan meneroka ilmu Allah yang amat luas khususnya mengenai Manusia Yang Menjadi Teman Iblis.

Suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertanya kepada iblis, "Siapa temanmu wahai iblis?"

     "Pemakan riba."

     "Siapa sahabatmu?"

     "Penzina."

     "Siapa teman tidurmu?"

     "Pemabuk."

     "Siapa tamumu?"

     "Pencuri."

     "Siapa utusanmu?"

     "Tukang sihir."

     "Apa yang membuatmu gembira?"

     "Bersumpah dengan cerai."

     "Siapa kekasihmu?"

     "Orang yang meninggalkan solat jumaat." (buat semua kaum Adam, jangan ringankan solat jumaat pada hari ini.)

     "Siapa manusia yang membahagiakanmu?"

     "Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

P/s: Syaitan dan iblis musuh kita. Tak kenal maka tak benci. Wassalam.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 14 December 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum.
Bismillah.



P/s: Renung2kanlah tajuk novel ini (walaupun tidak memilikinya).

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 13 December 2011

Manusia Yang Dibenci Iblis

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.



Pada ruangan kali ini khair ingin berkongsi mengenai golongan yang dibenci oleh iblis.

 Suatu ketika Rasulullah S.A.W. bertanya kepada iblis, "Jika kamu benar jujur, siapakah manusia yang paling kamu benci?"

    Iblis segera menjawab, "Kamu... kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya?" tanya Rasulullah.

    "Pemuda yang bertaqwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah."

"Lalu siapa lagi?"

    "Orang alim dan warak."

"Lalu siapa lagi?"

    "Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

    "Seorang fakir yang sabar dan tidak pernah mengeluh kesulitannya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya?"

    "Wahai Muhammad, jika dia mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama tiga hari, Allah akan memberi pahala kepada orang-orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

    "Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya?"

    "Dia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya."





P/s: Iblis dan syaitan tidak akan pernah berhenti menggoda manusia sehingga manusia mengikut telunjuk mereka. Nau'zubillah.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Monday 12 December 2011

Pesanan Kepada Wanita

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Berhati-hati pada yang nampak bergaya
jangan sampai terpedaya.

Berhati-hati pada janji mempesona
jangan sampai tertipu terkena.

Berhati-hati bermain mata
jangan sampai mabuk bercinta.

Berhati-hati bila digoda
jangan sampai mudah ternoda.

Berhati-hati berkasih mesra
jangan sampai tercemar agama.

Berhati-hati bergurau senda
jangan sampai melanggar susila.

Berhati-hati berteguh kata
jangan sampai tidak terkota.

Berhati-hati berjanji setia
jangan sampai terjerat jiwa.


P/s: Berhati-hati dengan setiap langkahmu kerana ia menggambarkan tingkah lakumu. SALAM UKHUWAH!!!


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 9 December 2011

Tazkirah Jumaat

“Jika hendak hidup beriman,
Serta mulia di sisi Tuhan,
Marilah kita hendak ingatkan,
Wasiat Nabi di akhir zaman.
Wajiblah kita menjaga diri,
Cabaran hidup banyak sekali,
Jangan kita lupakan diri,
Hidup ini menuju mati.


Bila melihat mungkar yang nyata,
Maka janganlah hanya mengata,
Tapi bangkitlah menabur jasa,
Membimbing umat jadi pelita.


Umat Islam perlu di dakwah,
Nasihat baik serta berhikmah,
Dengan semangat serta ukhuwwah,
Hubungan kita tambah meriah.”


-Abu Ali Al-Banjari An Nadwi-


P/s: Renungan untuk diri dan kawan-kawan




Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Thursday 8 December 2011

Aku Ingin Berubah!!!

Bismillah...

Aku selalu menegur, tapi begitu pantang ditegur.
Aku selalu menasihati, tapi begitu payah untuk dinasihati.
Aku banyak berdosa, tapi jarang benar mengingatkan dosa.
Aku banyak melakukan maksiat, tapi masih diriku suka pada kemaksiatan.
Aku bencikan penipu, tapi aku juga adalah seorang penipu.
Aku bencikan musuh Islam, tapi aku jugalah yang merosakkan Islam.
Aku acapkali menangis, tapi tangisanku itu hanyalah kepura-puraan.
Aku acapkali melaungkan kebaikan, tapi aku sendiri tidak mengikutinya.

Aku mungkin nampak mulia di hadapan mata manusia, tapi akulah yang paling hina di hadapan Allah.



AKU INGIN BERUBAH!!!

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 7 December 2011

Al-Fatihah Buat Arwah Nek Ngah

Assalamualaikum
Bismillah



Al-Fatihah buat nek ngah (belah ayah)  khair yang baru meninggal dunia.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

AL-FATIHAH

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 6 December 2011

Amalan Pengikut Syiah Pada 10 Muharram Setiap Tahun

Bismillah...
Assalamualaikum W.B.T.

Kepala yang berdarah ni bukan gurauan

Mereka berarak beramai-ramai sambil mencederakan diri

Para pemuda tidak terlepas mengamalkan ajaran ini

Berbeza amalan ini dengan amalan kita (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Kita digalakkan untuk berpuasa sunat 10 Muharram atau dikenali juga sebagai Hari Asyura', kita mengejar fadhilat dengan berpuasa.

Namun inilah ajaran syiah sempena bulan Muharram bagi mengingati kematian Al-Imam Al-Hussien (imam ketiga dalam mazhab syiah). Tengoklah betapa pelik ajaran syiah, memukul diri sendiri sehingga berdarah.  

Semoga Allah Ta'ala memberi hidayah dan petunjuk kepada penganut ajaran syiah yang jelas menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Amin!!!


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Monday 5 December 2011

Jenis-jenis zina

Assalamualaikum W.B.T.

Sedikit pekongsian mengenai jenis-jenis zina. khair mengaku kita tidak akan pernah lepas daripada zina anggota badan ni. tetapi kita boleh cuba untuk elakkan secara perlahan-lahan. InsyaAllah, selepas kita sudah tahu tentang jenis-jenis zina ini, kita akan lebih berhati-hati untuk elakkan daripada terjebak...

Daripada Abu Hurairah R.A. katanya Nabi S.A.W. pernah bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. TIDAK MUSTAHIL DIA PERNAH MELAKUKANNYA. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj(kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.

Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi S.A.W. bersabda: nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. TIDAK MUSTAHIL DIA PERNAH MELAKUKANNYA. Dua mata zinanya memandang. Dua telinga zinanya mendengar. Lidah zinanya berkata. Tangan zinanya memukul. Kaki zinanya melangkah. Hati zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj(kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Sunday 4 December 2011

Bersedekah cara mudah

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"


Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
              
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Saturday 3 December 2011

Kehidupan



Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitulah selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan.


Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari genggaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa guna sesalan hanya menekan jiwa.


Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
setelah kabus berlalu,
pasti cerah kembali.


Ujian adalah TARBIAH dari Allah,
apakah kita kan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yang datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari tuhan.








Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 2 December 2011

Berwuduk Cara Rasulullah S.A.W

                                       

   


Mari kita perbetulkan wuduk kita..insyaAllah!!! 
Baginda S.A.W. bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu" (Riwayat Muslim, 1 : 142).
Selamat berwuduk dan meningkatkan kualiti ibadah kita. 
Credit to Wan Faisal

P/s: Jangan lupa klik butang PAUSE lagu blog khair sebelum tengok video ini >.<

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR