Wednesday 22 January 2014

Amanah itu

Selalu tertanya-tanya mampukah diri ini menempuh dugaan dan mengutip 1001 pengalaman?

Hidup ini tidak semudah yang dirancang. Mungkin ini akan mengajar diri berani menghadapi cabaran.


Pesan ibu, "Kalau x ganggu belajar, boleh je pegang jawatan. Bila ada jawatan, kita jadi lebih bertanggungjawab. Bagi contoh terbaik kepada adik dan rakan2. Apa yang kita buat, buat yang terbaik. Baru kita ni lain sikit daripada orang lain. Kerja berat kalau tak cuba ringankan bukan cabaran namanya ."


Semacam semangat tiba-tiba menjelma. Semakin semangat pabila sahabat menasihati diri.


"Kita anggap orang pilih ni sama seperti Allah yang pilih. Banyak manfaat sebenarnya berada di dalam pimpinan. Kita start dari bawah, kemudian kita mendaki dan terus mendaki. Itulah proses pembelajaran sebenarnya."


"Apabila berada di dalam kepimpinan, kita akan jumpa banyak masalah. Melalui wasilah itulah kita akan cuba atasi dan cari jalan penyelesaiannya."


"Kita ni Allah dah letak molek belake dah. Orang yang pilih kita memang dah lama menilai kita. Dia takkan pilih orang sembarangan yang naik walaupun secara zahir kita tengok orang biasa pon boleh terpilih."


"Kita belajar. Memang tak nafi kita akan buat kesalahan. Tapi tak semestinya dengan kelemahan itu kita kena jadi sempurna. Macam ulamak. Takkan kita nak tunggu dah abis baca kitab baru nak pergi dahwah. Bukan macam tu."


"InsyaAllah, boleh punya bahagi masa. Cuba kita renung balik. Kalau kita tak diberi amanah, masa kita banyak guna untuk apa? Semua ni perkara normal la."


"Berdampinglah dengan senior2. Lama-lama enta jadi hebat la. Mula-mula memang la janggal."


Terima kasih ibu. Terima kasih sahabat.





Sepatutnya Al-Quran sudah mengetuk jiwa-jiwa kita melalui firman Allah SWT:


قال تعالى : ﻻ ﻳﻜﻠﻒ ﺍﻟﻠﻪ ﻧﻔﺴﺎ ﺇﻻ ﻭﺳﻌﻬﺎ


Bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
[Surah Al-Baqarah : 286]


Amanah itu bukan mudah,
Bahkan ia payah,
Tetapi jika terima sebagai cabaran,
InsyaAllah ganjaran syurga bakal disajikan.


"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Sunday 19 January 2014

AZHARI atau MUQORRORI

Sewaktu pulang daripada pengajian tadarus Al-Quran pagi tadi, sementara menunggu bas tiba, kami berbual-bual mengenai masa hadapan kami.

"Enta memang target nak habis belajar 4 tahun ke?" bertanya sahabat kepada saya memulakan perbualan.


"Kalau ikut rancangan camtu la. InsyaAllah, kalau ada rezeki, ana nak sambung ke Master," berkata saya.


"Ana cadangkan enta sambung kat Darul Ifta' (sebuah institusi yang melahirkan kader2 mufti)," sahabat memberi kan pandangan.


"Ana tak taw la. Ana mana ada banyak ilmu. Rasanya kalau ada rezeki nak sambung selain Darul Ifta' la," saya menjawab.


"Ni pendapat ana je la. Seorang sahabat ni, rakan2 senegara dia Brunei ramai yang masuk universiti lain selain Darul Ifta'. Ana bukan apa, dekat universiti camtu, kuliah x wajib. Cam kita sekarang la. Kuliah pon jarang datang. Pastu balik Malaysia dapat title AZHARI, padahal kuliah kat Al-Azhar datang sekali sekala, tu pon untuk amik muqorror (istilah bagi soalan) pekse daripada doktor je. Tu bukan Azhari, tu MUQORRORI! Bila balik Malaysia, keluar fatwa pelik2. Patutnya, kuliah tu WAJIB kita pergi. Lagi 2 tahun kita kat sini. Cuba tengok balik apa yang kita dah kuasai?", panjang lebar sahabat menerangkan pendapatnya.


"Betul tu apa yang enta cakap. Kadang-kadang rasa rugi sangat kita tak amik peluang yang ada," sokong saya.


Begitulah sahabat-sahabat. Menimba ilmu bukan setakat nak dapatkan keputusan cemerlang sahaja. Malah lebih daripada itu.


Teringat saya satu kalam daripada seorang sahabat:

"Kita menuntut ilmu kat Al-Azhar sekejap sangat. 4 tahun je. Pastu kita mengharapkan orang lain untuk belajar daripada kita bertahun-tahun! "

Saya berpesan kepada diri saya khususnya dan sahabat sekalian agar tajdid (perbaharui) niat kita kembali.


"Apa tujuan kita menuntut ilmu? Apakah sekadar untuk menggenggam segulung ijazah?"


"Apakah sekadar nak buat orang sekeliling kita gembira dengan kejayaan kita?"



Semoga kita sentiasa amanah dengan ilmu kita.


"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Thursday 16 January 2014

Serangan Pemikiran

Hati-hati dengan serangan pemikiran!

Saya mengajak kepada mereka yang kurang memahami tentang Islam, sila fahami dengan hati yang terbuka, bukan berniat mempertikai.


Sekiranya anda ingin mengkaji pemikiran dan falsafah, silakan rujuk buku-buku falsafah, tetapi apabila ingin mengkaji dan menghurai tentang Islam, kajilah melalui buku yang dikarang oleh alim ulamak yang memahami Islam.


Sekiranya anda ingin mengkaji tentang teknik-teknik masakan, sudah pasti anda akan merujuk buku-buku masakan. Tak mungkin anda mengkaji buku tentang biologi ataupun buku tentang aerospace.


Lalu apabila anda mengkaji tentang masakan melalui buku biologi, sudah pasti ada yang tegur, “kamu silap baca buku ni...” lantas kamu menuduh orang tersebut “menghalang kamu membaca buku”.


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR