- Adakah kita mampu mencapai target tersebut?
- Bagaimakah cara untuk merealisasikannya?
- Adakah cita-cita kita selari dengan kehendak Syara' ?
- Persediaan Akhirat
- Merancanglah
Bismillah
Kasut yang tidak muat bukanlah satu keuntungan
Ada sepasang kasut yang cantik, tetapi saiznya terlalu kecil di sebuah jualan yang menawarkan diskaun 80%.. tidak berbaloi untuk dibeli dan bagi anda, tidak layak untuk sebarang harga.
Kerana kasut yang tidak muat bukanlah sesuatu yang menguntungkan.
Garam yang banyak tidak berbaloi
Dan di kedai makan, anda mungkin 'terperasan' bahawa tiada bayaran tambahan untuk garam. Kita boleh ambil sebanyak mana yang kita mahu untuk makanan kita secara percuma (sudah pasti ia bukan betul-betul percuma, ia adalah sebahagian daripada apa yang kita bayar untuk makanan itu, jadi untuk menjadikan bayaran kita itu berbaloi, mungkin kita mahu gunakan garam dengan banyak).
Ya, memang itu adalah perbuatan yang غير معقول (Baca: tidak berakal)
Kerana walau seberapa banyak yang kita bayar untuk garam itu dan walau kita boleh gunakannya tanpa had, menggunakannya secara berlebihan hanya akan merosakkan hidangan kita. Terlalu banyak garam juga bukanlah sesuatu yang bagus.
Kehidupan
Hidup ini sebenarnya bukanlah ‘semuanya kita boleh pakai dan makan’.
Ia adalah ‘semua yang kita peduli untuk pakai dan makan’. Hal ini adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya.
Hanya kerana kita memilikinya tidak bermakna kita perlukannya. Oleh hanya kerana kita membayarnya tidak bermakna kita harus menggunakan kesemuanya.
Hidup kita adalah terlalu singkat, dan kita tidak akan mampu melakukan semua perkara. Mustahil untuk mencapai semua perkara. Jadi rancang dan pilih perkara yang betul-betul memberikan keuntungan kepada kita. Dunia dan Akhirat.