Thursday 28 November 2013

Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم

قال الله تعالى : ﻭﻗﺎﻝ ﺭﺑﻜﻢ ﺍﺩﻋﻮﻧﻲ ﺃﺳﺘﺠﺐ ﻟﻜﻢ

Firman Allah SWT: Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu." (Surah Ghafir : 60)

Masalah.

Sedar atau tidak yang kita selalu mengadu masalah kita kepada orang lain? Kita menagih simpati kepada mereka yang alpa juga buta. Natijahnya, kita semakin terheret di dalam lorong kegelisahan saat hajat kita tidak kesampaian. Masakan tidak! Manusia hanyalah akan menambahkan luka hati yang berdarah menjadi semakin parah.

Jadikanlah semalam sebagai penghujungnya sahabat2. Biarkan kisah seribu duka itu berlalu pergi. Jangan kita ulangi kembali dosa yang akan mencipta bintik-bintik hitam di dalam hati kita. Pohonlah segalanya kepada Rabbul Izzah, pastinya akan dimakbulkan.

Taubat.

Mohonlah taubat kepada Allah SWT atas dosa kita yang menggunung tinggi. Sebab apa? Rahmat Allah itu melangit luas. Cuba kita bayangkan, selautan syukur kita ini hanyalah bagaikan setitis sahaja nikmatNya di muka bumi ini. Subhanallah! Terlalu banyak sangat pemberian Allah SWT kepada kita. Persoalannya, adakah kita bersyukur ataupun sebaliknya? Mohon dihindarkan daripada azab Allah SWT melalui firmanNya:
قال تعالى : ﻟﺌﻦ ﺷﻜﺮﺗﻢ ﻷﺯﻳﺪﻧﻜﻢ ﻭﻟﺌﻦ ﻛﻔﺮﺗﻢ ﺇﻥ ﻋﺬﺍﺑﻲ ﻟﺸﺪﻳﺪ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat Allah), maka azab-Ku sangat berat." (Surah Ibrahim : 7)
Jangan bimbang walaupun taubat sering kita mungkiri. Kerana pengampunan Allah tidak sesekali dan mustahil akan bertepi. Ambillah kata-kata ini sebagai anjakan paradigma buat diri kita: "Bila selangkah ku rapat pada-Mu, seribu langkah Kau rapat padaku."

"Jangan berputus asa daripada rahmat Allah SWT"

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 26 November 2013

Bersabarlah

Lumrah manusia.
Menganggap kesenangan yang datang akan berkekalan selama-lamanya. Sehingga mereka lupa dan alpa akan tujuan hidup mereka di muka bumi ini.

قال الله تعالى : ﻭﻣﺎ ﺧﻠﻘﺖ ﺍﻟﺠﻦ ﻭﺍﻹﻧﺲ ﺇﻻ ﻟﻴﻌﺒﺪﻭﻥ
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (Surah Az-Zariyat : 56)

"Aku kerja sampai lewat malam ni nak sara bini ngan anak aku la."

"Kalau aku takde duit, camne aku nak kawen?"

"Aku nak kumpul duit banyak-banyak, bolehlah beli Note 3, PS 3, kawen pon sampai 3!"

Tidak salah andai kita gunakan kesempatan dalam kehidupan kita ini untuk kebaikan seperti di atas, namun jangan sesekali kita lupakan MATLAMAT HIDUP kita iaitu BERIBADAH KEPADA ALLAH. HANYA UNTUK ALLAH!

Andai rezeki kita belum sampai, jangan difikir derita tersebut akan berpanjangan, kerana apa? Kelak akan membawa putus asa kepada Allah SWT. Sebaliknya anggaplah kabus yang menutupi sang mentari, pabila berlalu pergi pasti akan cerah kembali.

Ujian.

Satu proses tarbiah daripada Allah SWT, apakah kita ini selari dengan tujuan hidup kita ataupun sebaliknya.

"Kenapa aku selalu bernasib malang?"

"Fail? Camne nak jawab ngan mak bapak aku ni!"

"Duit ni atas usaha aku. Watpe aku nak bagi sedekah plak?"

Ingatlah teman! Kesenangan yang mendatang semuanya adalah nikmat daripada Tuhan manakala kesusahan itu adalah satu kifarah (penghapus) dosa buat kita.

Kita semua akan didatangkan dengan pelbagai ujian untuk melihat sejauh mana baiknya amalan kita sebagaimana firman Allah SWT:

ﺍﻟﺬﻱ ﺧﻠﻖ ﺍﻟﻤﻮﺕ ﻭﺍﻟﺤﻴﺎﺓ ﻟﻴﺒﻠﻮﻛﻢ ﺃﻳﻜﻢ ﺃﺣﺴﻦ ﻋﻤﻼ ﻭﻫﻮ ﺍﻟﻌﺰﻳﺰ ﺍﻟﻐﻔﻮﺭ
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun." (Surah Al-Mulk : 2)

Ingatlah sahabat sekalian, ujian sakit juga adalah jalan untuk menghapuskan dosa yang telah dilakukan. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW, “Tidaklah seorang Muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahannya seperti daun pohon yang berguguran.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya).

* Kepada mereka yang diberikan sakit oleh Allah SWT itu sedarlah bahawa Allah sedang menguji anda. Maka teruslah bersabar disamping berusaha untuk mendapatkan kesembuhan. InsyaAllah akan beroleh kesembuhan dariNya.

"Ujian ditempuh, sabarlah pasaknya"


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 22 November 2013

Rindu

Sahabat,
Tak ku sangka waktu begitu singkat sekali,
Tak ku duga hanya sebatas itu kita bersama,
Seakan baru semalam,
Ku melihat senyum dan tawa mu.


Sahabat,
Ku merasakan betapa indahnya ukhuwah ini,
Dan tibalah saatnya kita harus berpisah,
Melangkah mengikuti takdir yang telah digariskan,
Dalam ruang dan waktu yang berbeda.


Sahabat,
Sudah menjadi lumrah hidup manusia di dunia,
Yang datang pastikan kembali,
Dan di setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Itu janji Ilahi.


Sahabat,
Ku sentiasa merindui mu,
Tenanglah dikau di sana,
Bertemankan bidadari Syurga,
Ingin ku mengikuti jejak langkah mu,
Bersama menggapai redha Ilahi.


* Bergambar bersama Allahyarham (berbaju melayu putih) ketika kami di bangku sekolah menengah.
* Kenangan bersama mu pasti akan terpahat kukuh di dalam sanubari ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 19 November 2013

Surah Al-Mulk

Membaca Surah Al-Mulk Sebelum Tidur

Bacalah dan hafallah Surah Al-Mulk atau surah Tabarakallazi sebelum tidur setiap malam kerana ia adalah penyelamat daripada azab kubur.

Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas
sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur.
Tiba-tiba (terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga
dikhatamkannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah
penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab
kubur. (Riwayat al-Tirmidzi).

Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah
tabarakallazi biyadihi al-mulk.(Riwayat al-Tabarani).

Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu?
Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan
ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab
kubur.

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.

"Secebis sunnah berganda ganjaran"


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Sunday 17 November 2013

Indahnya kesabaran

Siapa sabar atas bala,
Sampailah ia terpenuhi,
Mestinya bersabar atas kehilangan sesuatu yang hilang,
Tidak perlulah engkau bersedih,
Jika dunia menawarkan kemerlapannya,
Maka sabar terhadapnya alamat kebaikan dan warak.

Patahkan nafsu mu selalu,
Kan kau dapatkan apa yang kau inginkan,
Sabar itu kunci cita-cita,
Selalu menolong tiada hentinya,
Sabarlah meski panjang beberapa malam,
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan,
Barangkali keberhasilan itu tergantung pada kesabaran,
Yang tak mungkin itu tidaklah ada.

Sabar itu tali iman yang kuat,
Benteng pertahanan dari tipuan syaitan,
Sabar punya akibat terpuji,
Akibat tergesa-gesa adalah rugi,
Jika kau bertemu saat menyedihkan,
Itu biasa tabiat zaman,
Kenakan baju kesabaran.


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Saturday 16 November 2013

Belajarlah!

تعلم فإن العلم زين لأهله
Belajarlah kerana ilmu itu hiasan bagi ahlinya

وفضل وعنوان لكل المحامد
Dan ia satu kelebihan dan tanda bagi setiap orang yang memuji

وكن مستفيدا كل يوم زيادة
Dan jadilah orang yang mengambil faedah setiap hari

من العلم واسبح في بحور الفوائد
Daripada ilmu dan berenanglah dikau di dalam lautan faedah

تفقه فإن الفقه أفضل قائد
Jadilah orang yang memahami kerana pemahaman adalah sebaik-baik petunjuk

إلى البر والتقوى وأعدل قاصد
Ke arah kebaikan dan takwa dan pemberi imbangan bagi tujuan

هو العلم الهادي إلى سنن الهدى
Iaitu ilmu yang memberi petunjuk di dalam kehidupan

هو الحصن ينجي من جميع الشدائد
Yang menjadi kubu yang mempertahankan kita daripada segala kesusahan

فإن فقيها واحدا متورعا
Maka sesungguhnya seseorang yang faqih lagi warak

أشد على الشيطان من ألف عابد
Lebih ditakuti oleh syaitan daripada 1000 orang abid (ahli ibadah).


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 15 November 2013

Remember Him

"Today the soil is under us, tomorrow the soil maybe over us. Turn to the Almighty before you
return to the Almighty."

You live your days with Allah because you love Him,
You don't have anyone but Allah,
Don't ever forget Allah because He will never forget you!

#NoteToSelf

"With tarbiah we lead Ummah"


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 13 November 2013

Ukhuwah ini

Sahabat,
Andai ikatan ini terlerai,
Takkan bisa aku harungi,
Semua pancaroba yang mendatang,
Takkan mampu aku berdiri,
Seteguh ini!

Perjuangkanlah ukhuwah ini,
Biarlah antara kita,
Laksana deruan ombak dengan pantai,
Yang saling berhempasan,
Tetap utuh bersama.

Indahnya persahabatan kita,
Tidak terungkap dek kata-kata,
Andai aku bisa laungkan,
Ingin aku gegarkan dunia,
Tentang persahabatan ini!

ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ ﻟﻠﻤﺆﻣﻦ ﻛﺎﻟﺒﻨﻴﺎﻥ ﻳﺸﺪ ﺑﻌﻀﻪ ﺑﻌﻀًﺎ


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 12 November 2013

Ahlan Wasahlan!

Apabila hidup yang panjang
kita hirup manisnya muda
lalu kita sering alpa
mengejar tipuan dunia
dan hati semakin hitam
diselaput dosa.

Tetapi apabila ukhuwah menyapa
tarbiah menyusul
membina ketaqwaan
meningkat keimanan
pahala dicicip siang malam
kerana usia dikejar lohong kubur
maka libur dunia itu
tidak lagi beerti.

Kehadiran mereka
membuah 1001 inspirasi
membakar semangat
kental mengharungi tribulasi
demi menimba ilmu ilahi.

Selamat datang mahasiswa baru!
Ke bumi 1000 menara!

#Mahabbah13


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 1 November 2013

Hijrah Dalam Islam

Khutbah Jumaat bersama Ustaz Halim Din.

1. Terlalu banyak nikmat dikurniakan Allah S.A.W kepada manusia. (An-Nahl : 18)

2. Islam sebagai Agama yang BENAR.

3. Dengan Islam kita kenal Syurga, Neraka, jalan yang lurus & jalan yang salah. Islam ADDIN iaitu jalan hidup.

4. Syariat (undang-undang Islam) itu sudah lengkap merangkumi jinayat, ekonomi, keluarga dan sebagainya.

5. Bagaimana zahirkan teori kepada amali dalam hukum Allah. Mafhum sabda Nabi SAW, " Antara tanda Kiamat akan datang pada satu masa - seluruh dunia akan mengerumuni negara Islam atau ramai orang Islam seperti mengerumuni makanan. Maksud Nabi SAW Umat Islam memang ramai tetapi ia seperti buih yang timbul di atas air."
Maksudnya ramai tapi Islamnya tidak berpaksi kepada Al-Quran dan Sunnah.

6. Boleh dilihat orang Yahudi & Nasrani dengan cara yang licik bukan melalui peperangan tetapi melalui ekonomi & budaya. Lihat bagaimana kejatuhan Andalusia.
* Caranya melalui ROKOK yang dapat melalaikan.
* Melalui arak, wine, wiski dan sebagainya.
* Melalui muzik terutamanya pemujaan atau taksub terhadap penyanyi/pemuzik yang mengasyikkan.

7. Kajian di Malaysia menunjukkan seramai 85% Umat Islam tidak solat.

8. Kenaikan Jenayah juvana naik sehingga 130%.

9. Persatuan dalam Islam sepatutnya melalui Penyatuan AQIDAH berdasarkan kepada Al-Quran & Sunnah tetapi kini tiada lagi.

10. Hikmah peristiwa Hijrah ialah sebenarnya penghijrahan Umat Islam menuju jalan keredhaan Allah S.W.T.

11. 2 golongan yang tidak akan cium bau syurga:
* Pemerintah yang zalim kepada rakyat termasuk yang rakus menghimpun kekayaan tetapi agihan tidak adil kepada rakyat.
* Perempuan yang tidak menjaga pemakaiannya - seolah mereka telah menghina Islam.

12. Islam sudah semakin tersebar di Eropah masa kini.

13. Ilmu itu senjata paling mantap untuk maju. Dan sumber Al-Quran & Sunnah penuh dengan sumber untuk manusia tetapi kini banyak yang berpaksi kepada ilmu duniawi sahaja.

14. Cerita Khalifah Samudera (Sultan Mohd Al-Fateh) yang berjaya menawan Konstantinopal - beliau tidak pernah tidak tinggal Solat Tahajjud, Solat Rawatib & solat berjemaah sejak akil baligh.

Salam Maal Hijrah

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR