Tuesday 29 October 2013

Memartabatkan Akhlak

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk melengkapkan kesempurnaan akhlak."

Misi kita adalah untuk mengembalikan kemurnian akhlak tersebut yang telah diasaskan tiangnya oleh Baginda S.A.W.

Tidak dapat dinafikan barat memiliki nilai profesional yang tinggi, tetapi secara substance-nya, mereka tidak memiliki akhlak.

Mereka berbangga dengan Oxford, tetapi cendiakawan mereka berkahwin sesama jantina. Mereka berbangga dengan conclave gereja, tetapi preferiti dan kardinal mereka melacur biarawati.

Kata penyair Ahmad Syauqi, "Sesungguhnya umat ini akan kekal kewibawaannya selama mana akhlak ada pada mereka, tetapi kewibawaan umat tersebut itu hilang setelah tandusnya akhlak mereka."

"Bersama ke arah perubahan"


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Monday 28 October 2013

Mencintai & Dicintai

Insan dicintai yang MENJAUHKAN dari mentaati Allah, bakal menjadi MUSUH di akhirat. Hanya cintai yang membawa kepada bertaqwa akan diberkati dan bersama di akhirat. Itulah petunjuk dari Ilahi sebagaimana firman Allah: " Teman-
teman disayangi pada hari itu
sebahagiannya menjadi musuh bagi
sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf : 67).

Cintailah Ilahi kerana Dia mengajarkan kita
untuk mencintai RasulNya, ibubapa dan semua makhlukNya.

Apalah makna cinta kepada yang dicipta jikalau tiada cinta kepada Penciptanya.

Lebih baik kehilangan cinta manusia kerana Allah daripada kehilangan cinta Allah kerana manusia.

"Bersama memacu ke arah kebaikan"


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Sunday 20 October 2013

Sunnah

Bismillah


Kuliah Maghrib bersama Ustaz Amran Yusoff 

- Sebaik-baik pedoman adalah Al-Quran & sebaik-baik teladan adalah As-Sunnah & seburuk-buruknya adalah tokok tambah.
- Surah Ali 'Imran : 31 berbunyi, "Katakanlah wahai Muhammad, jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
- Ikutlah sunnah walaupun tidak sesuai dengan kehendak hati kita kerana jika enggan mengikutinya, maka kita seperti kaum yahudi & nasrani iaitu "Kami mendengar tapi kami enggan patuh kepada perintah Allah dan Rasulnya."
- Hargai anak-anak kecil yang datang ke masjid. Nabi SAW suka mengusap anak-anak kecil jika berjumpa dengan mereka di masjid.
- Bilal bin Rabah akan azan pada awal Subuh (tujuan untuk menggerakkan orang bangun bertahajud) & Ibnu Makhtum pula akan azan apabila masuk waktu Subuh.
- Nabi akan berdoa (malah Baginda akan sentiasa berdoa setiap masa) ketika berjalan ke masjid.
- DUIT (Doa/Usaha/Istiqamah/Tawakkal)

"Ya Allah, jadikanlah cahaya dalam kalbuku, Ya Allah jadikanlah cahaya pada penglihatanku, Ya Allah jadikanlah cahaya pada pendengaranku, Ya allah jadikanlah cahaya daripada hadapan dan belakangku, cahaya di atas dan di bawahku, Ya Allah berikanlah cahaya di dalam HATI ku."
- Solat sunat Tahiyatul Masjid apabila masuk ke dalam masjid/surau. Wallahua'lam.





"Bersama memacu ke arah kebaikan"
"Ilmu bermanfaat, hidup dalam keberkatan"

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Saturday 19 October 2013

Hijrah

Bismillah

Sirah Nabawiyyah bersama Ustaz Othman Kasnan

- Kalimah 'Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar' inilah kalimah yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada Saidatina Fatimah yang Baginda SAW
katakan ia lebih berharga dari nilai mempunyai seorang pembantu rumah. Amalkanlah sentiasa.
- Sesiapa yang selesai mengerjakan ibadah haji selama mana ia tidak mengeluarkan kata-kata dan perbuatan fasik maka dia akan diampunkan oleh Allah seolah-olah kain putih yang bersih.
- Ilmu adalah tanggungjawab manusia untuk menyampaikan, saling mengingati serta
jagalah hubungan dengan Allah dan hubungan
sesama manusia.

Topik hari ini berkenaan Hijrah kaum muslimin ke Habsyah.

- Dalam Surah An-Nahl : 41 berbunyi, "Dan orang yang telah berpindah setelah mereka dizalimi, maka Kami akan beri ganjaran bukan hanya di dunia, tetapi juga Akhirat yang lebih besar seandainya mereka mengetahui."
- Dalam Surah Az-Zumar : 10 berbunyi, "Katakanlah wahai Muhammad, bertakwalah kepada Tuhanmu, bagi orang yang berbuat baik akan mendapat kebaikan. Sesungguhnya bumi ini luas. Hanya orang-orang yang bersabar disempurnakan pahalanya tanpa batas."
Ibnu Abbas mengulas ayat ini adalah merujuk kepada Jaafar Abi Thalib & mereka yang berhijrah ke Habsyah.
- Raja Najasyi iaitu raja Habsyah pada
ketika itu memang percaya Allah itu satu
dan beliau beriman kepada Allah jua.

Sebab berhijrah ke Habsyah:
- Penyiksaan & penindasan yang semakin kuat
dilakukan oleh kaum Quraisy ketika itu. Nabi SAW memberitahu segelintir sahabat untuk berhijrah ke Habsyah kerana rajanya adalah seorang yang adil dan amat menghormati tetamu. "Maka duduklah kamu di sana sehinggalah Allah berikan petunjuk jalan keluar."
- Untuk menyelamatkan Islam daripada fitnah besar
oleh orang Quraisy.
- Peluang untuk sahabat2 Nabi melakukan dakwah & Habsyah menjdi tempat baru untuk menyebarkan Islam.

Kenapa pilih Habsyah :
1-Kerana Raja Najasyi adalah seorang raja yang adil.
2- Kerana Raja Najasyi adalah seorang yang soleh.
3- Habsyah juga merupakan salah satu
tempat perniagaan orang2 Quraisy, jadi sudah
ada rakan2 seperniagaan.
4- Habsyah adalah bumi yang aman disebabkan rajanya yang adil dan orang Habsyah tidak 'terikat' dengan perjanjian bersama Quraisy.
5-Nabi SAW mencintai bumi habsyah -
berkenaan Ummu Aiman (baginda diberi
makan raghib iaitu sejenis makanan
istimewa yang sedap & Baginda gemari), Bilal
bin Rabbah yang berasal daripada Habsyah.
Wallahua'lam.



"Ilmu bermanfaat, hidup dalam keberkatan"

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 18 October 2013

Ilmu

Bismillah

Intipati Khutbah Jumaat pada hari ini :

Tajuk - Pembelajaran Sepanjang Hayat
Adalah Tuntutan Islam

-Kita perlu menuntut ilmu dengan niat ikhlas kerana
Allah S.W.T.
-Menuntut ilmu wajib sejak dari zaman Nabi Adam AS sehingga zaman Akhirul Khatimul Anbiya' Muhammad SAW. 
-Keunggulan sesuatu bangsa bergantung
kepada ilmu.
-"Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad."
-Kekurangan fizikal sekalipun tidak dapat menghalang kewajipan kita menuntut
ilmu.
-Umat islam WAJIB menuntut ilmu untuk mencapai
ketinggian peradaban.
-Surah Al-Mujadilah : 11 bermaksud, "Allah mengangkat darjat orang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu ke beberapa darjat."
-Ilmu adalah cahaya kepada hati yang tertutup
dan cahaya ketika di dalam kegelapan & inilah
yang membezakan di antara manusia & haiwan.

1- Hadiri kuliah walau di mana anda berada.
2- Atur masa.
3- Pastikan ahli keluarga dapat mewarisi ilmu
bermanfaat.
4- Gunakan usia semaksima mungkin untuk mencapai matlamat husnul khatimah.
5- Penuhi majlis ilmu terutama selepas solat
Maghrib yang banyak di surau / masjid.

Kesimpulannya, ilmu itu penting untuk setiap generasi dan hendaklah sentiasa mengingati Allah serta ikhlas ketika dalam pembelajaran dan
pelajaran.



"Bersama memacu ke arah kebaikan"
"Ilmu bermanfaat, hidup dalam keberkatan"

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 9 October 2013

Untukmu Mesir

Bismillah.

     Sejak pemergianku dari Bumi Mesir pulang ke Malaysia, kerinduan yang menggunung tidak dapat ku bendung lagi. Saya ingin segera pulang ke Mesir. InsyaAllah, hari itu akan tiba. 

     Di sini, saya nukilkan satu lirik lagu mengenai seruan kebangkitan buat umat Islam di Bumi Barakah itu yang telah diterjemah ke dalam bahasa melayu. Hanya lagu ini menjadi pengubat rinduku dan menjadi pemacu semangat buatku untuk menimba ilmu  Bumi Seribu Menara yang kini berlaku sedikit pergolakan.

UNTUKMU MESIR

Kami tidak akan berputus asa dan kami tidak akan pulang,
Hidup Mesir.
Dan kami tidak akan meninggalkan apa-apa tuntutan,
Hidup Mesir.
Hak asasi manusia yang kami semua mahukan,
Hidup Mesir.
Keadilan sosial dan roti untuk dimakan,
Hidup Mesir.

Kami tidak akan lagi berdiam diri,
dan tidak akan memendamkan apa yang kami fikirkan.
Cukuplah ketidakadilan dan kemiskinan,
dan cukuplah apa yang berlaku terhadap kami.
Hidup Mesir,
dan kebebasan selamanya.
Revolusi sehingga kejayaan.
Di Mesir, ibu kepada dunia,
Hidup Mesir.

Orang muda Mesir orang yang berani,,
Hidup Mesir.
Dan orang-orangnya adalah wira,
Hidup Mesir.
Kami tidak akan melupakan darah syuhada' kami,
Hidup Mesir.
Merampas kembali maruah kami daripada rejim,
Hidup Mesir.
Tiada kesakitan, tiada kezaliman dan rasuah,
samada di Mesir dan tempat lain.
Hidup Tunisia, Palestin dan Kesatuan Arab.
Hidup Mesir.

Apa yang nenek moyang kami telah mulakan.
Kami membina kehidupan kami dengan maruah.
Kerana Mesir adalah tanah air kami,
dan kami akan membinanya untuk anak-anak kami.
Hidup Mesir.

*Semoga Allah memelihara Mesir dan negara-negara umat Islam yang lain.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 1 October 2013

Berita Gembira

Bismillah.

     Apa khabar sahabat sekalian? Sudah lama saya tidak mencoret di laman blog saya ini atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah, dengan kesempatan yang ada, saya ingin berkongsi dengan kalian berkenaan tajuk di atas.

     Hari ini kita berdepan dengan realiti bahawa Islam dihina dan dipijak-pijak tanpa perikemanusiaan. Namun, perkhabaran mengenai BERITA KEMENANGAN ISLAM amatlah dituntut pada masa kini. 

     Kerana Baginda S.A.W menyuruh kita untuk menyampaikan berita gembira dan bukan berita yang boleh menimbulkan kebencian terhadap Islam. Begitu juga Baginda S.A.W. menyuruh kita supaya memudahkan urusan agama dan jangan menyulitkannya. Inilah kaedah yang digunakan oleh Doktor Yusuf Al-Qaradhawi Rahimallah dalam memberi fatwa beliau. Kita dapat lihat di dalam fatwa beliau yang bersifat wasatiyyah (sederhana) dan meraikan semua pihak.

     Selain itu, umat Islam secara umumnya dan para penggerak Islam secara khususnya melalui satu perjalanan yang panjang menghadapi liku-liku di dalam perjalanan dakwah. Jika kita sampaikan berita gembira, secara tidak langsung akan menggerakkan kemahuan dalam bekerja malah memberi 1001 semangat kepada para pendakwah.

     Tambahan pula, pihak musuh Islam mengisytiharkan kempen peperangan terhadap Islam dengan tohmahan terhadap ahli gerakan Islam agar mereka futur (lemah) dan tertekan dengan dakwah mereka. Mereka merancang politik itu bukan sebahagian di dalam Islam walhal Islam yang sebenar perlulah menceburi bidang politik.

     Ramai orang beragama menyebarkan satu pemikiran yang salah tentang akhir zaman. Atau dengan pandangan sisi yang lain, mereka mengatakan masa depan umat Islam pada akhir zaman sudah gelap. Hal ini akan meletakkan Islam dalam keadaan lesu. Oleh itu, kita mesti menyampaikan berita gembira supaya kita dapat menyangkal dakwaan golongan-golongan ini.

     Setiap pendakwah Islam wajib yakin dengan janji Allah tentang berita gembira dan masa depan Islam agar kita dapat menyisihkan sikap putus asa kerana sikap ini adalah kelaziman bagi kekufuran dan kesesatan.

     Imam Hasan Al-Banna menyatakan di dalam kitabnya "Risalah" bahawa sesungguhnya perkara yang berlaku pada hari ini adalah mimpi bagi semalam dan mimpi pada hari ini adalah hakikat pada hari esok. Maksudnya kemenangan Islam pada hari ini adalah mimpi tetapi adalah ia merupakan satu hakikat pada masa akan datang. Maka, sampaikan berita baik dan renungkan berkenaan kemengan Islam.

     Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab bagi kita sebagai seorang dai'e (pendakwah) untuk menyampaikan berita gembira akan kemenangan Islam kerana itu merupakan janji Allah yang pasti. Mantapkan diri kita dengan tarbiah dan hiduplah di dalam satu jemaah agar kita menjadi 'kebal' dalam menangani musuh-musuh Islam.



"Tanpa Tarbiah Gerenti Rebah"

"Renung-renungkan Dan Selamatkan Umat"

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR