Bismillah.
Masing-masing mempunyai target yang perlu dicapai di dalam kehidupan.
Namun, yang menjadi PERSOALAN:
- Adakah kita mampu mencapai target tersebut?
- Bagaimakah cara untuk merealisasikannya?
- Adakah cita-cita kita selari dengan kehendak Syara' ?
Saidina Ali Bin Abi Thalib RA pernah berkata:
"من أطال اللأمل أساء العمل"
Bermaksud: "Sesiapa yang panjang angan-angan, Maka rosaklah pekerjaannya"
- Persediaan Akhirat
Apakah yang dimaksudkan dengan kalam Saidina Ali RA?
Beliau mengungkap kata-kata ini supaya kita TIDAK MELETAKKAN SATU ANGAN-ANGAN YANG MENJAUHKAN MANUSIA DARIPADA MELAKUKAN PERSEDIAAN UNTUK AKHIRAT. Hal ini kerana panjang angan-angan (tanpa usaha) boleh mengeraskan hati, dan hati yang keras akan mendatangkan maksiat kepada Allah SWT. Maka, perbuatan yang buruk datang daripada panjangnya angan-angan. (1)
Nah, jelas di sini bahawa cita-cita TANPA USAHA dan MENJAUHKAN MANUSIA DARIPADA BERSEDIA UNTUK AKHIRAT akan menghasilkan suatu natijah yang buruk.
- Merancanglah
Buatlah satu perancangan hidup yang rapi dan teratur agar kita TIDAK GAGAL di dalam kehidupan kita.
"Manusia Tidak Rancang Untuk Gagal, Tetapi Gagal Untuk Merancang"
"Gagal Merancang, Merancang Untuk Gagal"
Rujukan:
(1) http://www.alkafeel.net/forums/showthread.php?t=3458
0 70 Komentar:
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.