Bismillah.
Sejak pemergianku dari Bumi Mesir pulang ke Malaysia, kerinduan yang menggunung tidak dapat ku bendung lagi. Saya ingin segera pulang ke Mesir. InsyaAllah, hari itu akan tiba.
Di sini, saya nukilkan satu lirik lagu mengenai seruan kebangkitan buat umat Islam di Bumi Barakah itu yang telah diterjemah ke dalam bahasa melayu. Hanya lagu ini menjadi pengubat rinduku dan menjadi pemacu semangat buatku untuk menimba ilmu Bumi Seribu Menara yang kini berlaku sedikit pergolakan.
UNTUKMU MESIR
Kami tidak akan berputus asa dan kami tidak akan pulang,
Dan kami tidak akan meninggalkan apa-apa tuntutan,
Hidup Mesir.
Hak asasi manusia yang kami semua mahukan,
Hidup Mesir.
Keadilan sosial dan roti untuk dimakan,
Hidup Mesir.
Kami tidak akan lagi berdiam diri,
dan tidak akan memendamkan apa yang kami fikirkan.
Cukuplah ketidakadilan dan kemiskinan,
dan cukuplah apa yang berlaku terhadap kami.
Hidup Mesir,
Revolusi sehingga kejayaan.
Di Mesir, ibu kepada dunia,
Hidup Mesir.
Orang muda Mesir orang yang berani,,
Hidup Mesir.
Dan orang-orangnya adalah wira,
Hidup Mesir.
Kami tidak akan melupakan darah syuhada' kami,
Hidup Mesir.
Merampas kembali maruah kami daripada rejim,
Hidup Mesir.
Tiada kesakitan, tiada kezaliman dan rasuah,
samada di Mesir dan tempat lain.
Hidup Tunisia, Palestin dan Kesatuan Arab.
Hidup Mesir.
Apa yang nenek moyang kami telah mulakan.
Kami membina kehidupan kami dengan maruah.
Kerana Mesir adalah tanah air kami,
dan kami akan membinanya untuk anak-anak kami.
Hidup Mesir.
*Semoga Allah memelihara Mesir dan negara-negara umat Islam yang lain.
0 70 Komentar:
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.