Alhamdulillah, masih
berkesempatan meneruskan perkongsian di alam maya. Entri kali ini merupakan
sambungan daripada Entri Ini.
Umat Yang Satu
; Terdiri Daripada Pelbagai Bangsa
Islam tidak menghalang umatnya cinta
kepada bangsa dan tanah air kerana ia adalah
fitrah. Dalam kepelbagaian Negara dan bangsa sebenarnya menyebabkan kita saling
melengkapi dan tiada sebarang pertembungan di situ. Para sahabat RA juga
terdiri daripada pelbagai kaum dan qabilah yang berbeza seperti Salman
Al-Farisi (Farsi), Bilal bin Rabah (Habsyah) dan Suhaib Ar-Rumi (Rom). Mereka
semua bersatu dan berintima’ dengan Islam.
Tetapi kita dilarang daripada
menganuti ideologi yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti
Sekularisme, Marxisme, Sosialis, Atheis dan sebagainya.
- Petikan kata-kata Imam Hassan Al-Banna
“Sesungguhnya Islam telah mewajibkan
supaya manusia bekerja untuk kebaikan negaranya, berkorban untuk berkhidmat,
berusaha semampu yang boleh untuk memberi manfaat kepada ummah, dengan mendahulukan
kaum kerabat yang terdekat , jiran tetangga dan seterusnya. Sehingga kita
dilarang memindahkan harta zakat lebih
jauh daripada jarak bermusafir sekiranya masih ada orang terdekat di kalangan
kita yang belum mendapat bantuan, kecuali dalam keadaan darurat.”
Orang Islam diwajibkan untuk menutup
lompong-lompong di mana tempat dia berada sebagai memberi khidmat kepada
negaranya. Kita dapat lihat orang Islam adalah yang paling mendalam semangat
kenegaraanya dengan berusaha memberi kebaikan seperti yang di perintahkan Allah
SWT.
Kenapa Wujudnya Keterasingan?
Terdapat golongan pelampau
(ekstrimis) dalam dua puak di dalam satu negara. Puak pertama menyeru kepada
semangat perkauman Arab dan menjadikan ia lebih tinggi daripada agama manakala
puak kedua pula menolak perkauman 100% dan menganggap bahawa ia adalah amalan
Jahiliah.
- Ancaman Baru
Iaitu puak Zionis yang memerangi dan
melancarkan serangan terhadap orang Islam di dalam sesebuah Negara melalui
ekonomi dan kebudayaan. Hal ini sehinggalah mereka memisahkan istilah ‘Islam
dan Arab’ dan hanya menamakan Negara tersebut sebagai Timur Tengah dengan
memadam istilah “ISLAM”.
Orang Israel bermimpi perkara yang
mustahil tetapi angan-angan mereka itu menjadi realiti. Persolannnya, mengapa
kita menghalang diri kita untuk bermimpi dalam mengubah realiti hitam yang
menimpa kita ini?
Menjadi hak mereka untuk
berangan-angan dan bukan hak kita selaku umat Islam hanya sekadar bermimpi!
Orang Israel melaksanakan cita-cita
mereka berpandukan Taurat yang diseleweng tetapi kenapa kita tidak boleh
melaksanakan janji-janji Al-Quran yang benar!
Kenapa Orang Islam Tidak Bersatu?
Firman Allah SWT:
إنما المؤمنون إخوة
Bermaksud:
Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara.
[Surah Al-Hujurat : 10]
Di dalam
ayat ini, Allah mengikat orang Islam dengan ikatan iman (الإخوة الإيمانية).
Ayat ini membawa maksud tidak tercapainya (lengkap) iman tanpa ukhuwah.
Realiti hari ini umat Islam saling
bermusuhan sesama sendiri dan berbunuhan, ingatlah ketika mana Baginda Rasulullah S.A.W berpesan
kepada umat Islam ketika Hujjatul Wada’ :
لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض
(متفق عليه)
Bermaksud: Janganlah kamu kembali
kufur setelah kewafatanku, memukul sebahagian kamu tengkuk sebahagian yang lain
(saling berbunuhan).
Tiga Tunggak Kesatuan:
- Satu Negara Islam
Umat
Islam adalah satu Negara walaupun daripada iklim yang berbeza, berbagai kaum
penghuninya, berlainan bahasa dan pertuturan mereka. Mereka ibarat
satu keluarga yang menetap dalam satu
Negara walaupun berbeza pelusuk. Umat Islam hendaklah bergabung dan
saling membantu untuk mempertahankan Negara ini daripada musuh dan
menguatkannya sehingga tidak dapat ditawan oleh golongan-golongan yang tamak.
- Satu Rujukan Tertinggi
Yang dinyatakan (realisasikan) dengan berhukum
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, ijtihad
semasa yang tepat, menghubungkan antara Hadis dan Fiqh seperti mana
menghubungkan Fiqh dengan Realiti, dan membezakan antara hukum yang tetap (ثابت)
dengan hukum yang boleh berubah (متغير), dalil yang pasti (قطعي) dengan dalil
yang tidak pasti (ظني), bab yang tertutup dengan bab yang terbuka dan sebahagian
besarnya adalah hukum-hakam syariah.
Hendaklah merujuk orang yang ahli di dalam bidangnya (Majlis
Jemaah Alim Ulama’) yang layak untuk berijtihad pada sebarang masalah berkaitan
permasalahan semasa yang timbul tanpa ta’asub dengan pandangan lama dan fanatik
dengan pemikiran baru.
- Satu Pusat Kepimpinan
Khalifah atau Imam merupakan ketua umum bagi umat
Islam yang menegakkan agama Allah SWT dan mentadbir dunia dengannya. Nabi
Muhammad SAW bersungguh-sungguh dalam menyeru kepada kesatuan dan melazimi
jemaah serta berhati-hati daripada perpecahan. Baginda mewajibkan menggunakan
segenap kekuatan untuk menjaga kesatuan umat dengan satu kepimpinan berdasarkan
hadis Baginda yang berbunyi:
إذا بويع خليفتان ، فاقتلوا الآخر منهما
Bermaksud: Sekiranya dibaiah dua khalifah, maka
bunuhlah yang terakhir daripada kedua itu. [Riwayat Ahmad dan Muslim]
Hukum mengangkat seorang imam atau khalifah adalah
wajib daripada segi syarak, seperti yang disepakati (ulama’) ummah keseluruhanya
berlandaskan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Muslim:
من لقي الله وليس في عنقه بيعة لإمام مات ميتة جاهلية
Bermaksud: Barangsiapa mati sedangkan di lehernya
tiada baiah terhadap
khalifah, maka dia mati di dalam keadaan Jahiliah.
Para sahabat RA mendahulukan pelantikan khalifah dan
baiah daripada mengebumikan jenazah Rasulullah SAW kerana mereka beriman
(percaya) bahawasanya perkara ini tidak boleh ditangguhkan dan dilewatkan.
Khalifah hendaklah memimpin dan memandu umat Islam dengan syariat Islam.
Nota: Penulis memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dalam memahami maksud penulis asal dalam menterjemah dan memahami isi kitab ini. Mohon perbetulkan sebarang kesilapan yang terdapat di dalam ringkasan kitab ini. Wallahu A'lam.
"Keseimbangan Thaqafah dan Akademik Membentuk Generasi Ulul Albab"
"Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan"
Nota: Penulis memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dalam memahami maksud penulis asal dalam menterjemah dan memahami isi kitab ini. Mohon perbetulkan sebarang kesilapan yang terdapat di dalam ringkasan kitab ini. Wallahu A'lam.
"Keseimbangan Thaqafah dan Akademik Membentuk Generasi Ulul Albab"
"Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan"
0 70 Komentar:
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.