Alhamdulillah!
Dalam menghadapi gerak kerja persatuan, Allah masih lagi memberi kami peluang untuk berkumpul dalam satu ruang perbincangan ilmiah bertempat di Darul Ehsan Cafe.
Pada perjumpaan kali ini, kami telah memilih satu kitab yang bertajuk,
“الأمة الإسلامية ... حقيقة لا وهم”
karangan Doktor Yusuf Al-Qaradhawi.
Apakah yang dimaksudkan dengan UMMAH?
Ummah adalah
setiap yang diutuskan Rasul kepada mereka, maka mereka merupakan ummah baginya.
Nabi
Muhammad SAW diutuskan untuk keseluruhan manusia. Firman Allah SWT:
قل
يا أيها الناس إني رسول الله إليكم جميعا
Maksudnya:
Katakanlah (Muhammad), wahai sekalian manusia, aku adalah utusan Allah bagi
kamu semua. [Surah Al-A’raf : 158]
Umat Nabi
Muhammad SAW terbahagi kepada dua kelompok:
(1) أمة الإجابة: Setiap yang menerima dakwah
Nabi Muhammad SAW dan beriman dengan Baginda dan masuk ke dalam agama Baginda.
(2) أمة الدعوة: Merangkumi seluruh umat
manusia.
Umat Islam Adalah Satu Hakikat
- Hakikat dari sudut Agama (الدين)
Al-Quran
menyatakan orang Islam sebagai أمة واحدة
(ummah yang satu) dan bukan أمم (ummah yang berbilang).
Firman Allah
SWT:
إن
هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون
Maksudnya:
Sungguh, (agama tauhid) inilah agama kamu yang satu dan Aku adalah Tuhanmu maka
sembahlah Aku. [Surah Al-Anbiya’ : 92]
- Hakikat dari sudut Sejarah (التاريخ)
Lahirnya
umat ini bersama Islam semenjak 1400 tahun yang lalu. Umat Islam tidak pernah
mengenali erti “kebangsaan” (pemisahan antara satu-satu bangsa) dan
undang-undang “kebangsaan” ini tidak
pernah diketahui umat Islam melainkan sejak 80 tahun yang lalu (kejatuhan
khilafah).
- Hakikat dari sudut Geografi (الجغرافيا)
Kepada
sesiapa yang memerhati peta dunia, mereka akan mendapati warna Hijau yang
merupakan simbol kepada Dunia Islam, bersambung antara satu sama lain tetapi penjajah
telah mencipta Hudud Siasah antara Negara-negara Islam.(memisahkan umat Islam
antara satu Negara dengan Negara umat Islam yang lain).
- Hakikat dari sudut Realiti (الواقع)
Rasa sensitiviti
terhadap saudara seIslam yang lain walaupun berbeza Negara dan bangsa dengan wujudnya
perasaan belas kasihan apabila mereka ditindas sehingga sanggup menghantar
segala jenis bantuan.
- Hakikat dari sudut Pandangan Musuh Islam (الآخرين)
Musuh Islam
menganggap umat Islam sebagai satu umat yang berhimpun dalam satu akidah.
Dengan sebab itu, mereka cuba memecahbelahkan umat Islam dengan isu perkauman,
perbezaan Negara, perkelahian politik dan sebagainya.
- Hakikat dari sudut Maslahah dan Kepentingan Semasa (المصلحة والعصر)
Perlunya
untuk umat Islam hari ini mengembalikan semula keizzahan Islam dengan mempertahankan
agama kita dan menguatkan sistem ketenteraan, ekonomi, perkilangan dan
sebagainya, agar dapat membela yang lemah.
Umat Yang Satu Yang Terdiri Daripada Pelbagai Bangsa
Firman Allah
SWT:
وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا
وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا
Maksudnya: Kemudian
Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling
kenal-mengenali. [Surah Al-Hujurat : 13]
Kepelbagaian
bangsa dalam kalangan umat Islam tidak menjadi masalah kerana Islam itu sendiri
adalah identiti kita. Dan Islam menghilangkan perbezaan antara bangsa-bangsa
ini.
Perbezaan
kita dari sudut bervariasi (تنوع) dan bukan berlawanan (تضاد) yang menyebabkan permusuhan.
Kepatuhan kita hanya kepada Allah SWT, RasulNya dan kaum
mukmin.
Bersambung…
P/s: Kita
adalah satu umat daripada pelbagai aspek. Kita sepatutnya bertanggungjawab akan
isu umat Islam di sekeliling kita. Musuh-musuh Islam cuba untuk meruntuhkan
tembok kesatuan umat Islam. Sepatutnya tidak wujud sifat “ ananiah” dalam diri
kita. Wallahu A'lam.
Nota: Penulis memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dalam memahami maksud penulis asal dalam menterjemah dan memahami isi kitab ini. Mohon perbetulkan sebarang kesilapan yang terdapat di dalam ringkasan kitab ini. Wallahu A'lam.
"Keseimbangan Thaqafah Dan Akademik Membentuk Generasi Ulul Albab"
"Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan"
Nota: Penulis memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dalam memahami maksud penulis asal dalam menterjemah dan memahami isi kitab ini. Mohon perbetulkan sebarang kesilapan yang terdapat di dalam ringkasan kitab ini. Wallahu A'lam.
"Keseimbangan Thaqafah Dan Akademik Membentuk Generasi Ulul Albab"
"Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan"
1 70 Komentar:
What are the best casino bonuses and codes? - DrMCD
A number of 수원 출장샵 casinos offer new customers 논산 출장안마 a number 거제 출장마사지 of different 전라남도 출장샵 bonuses. These include a huge variety of different games to choose from. Read 포커 족보 on.
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.