Monday 31 October 2011

Nilai seorang IBU , UMMI & MAMA

“Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah
Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini
Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa
Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya
Ucapkan rasa kasih dan sayang sebelum terlambat . Suka untuk khair kongsi satu video nasyid yang amat bermakna buat kita semua . 




P / S : Anda dibenarkan untuk COPY PASTE untuk kesejahteraan ummah .
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Sunday 30 October 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog ..



Persamaan?

1. ramai follower
2. org yang komen pun ramai.
3. iklan advertlets.com
4. ade gmbr sendiri kt header blog

Nak majukan blog?


kenali la blog org yg follow kamu.

nak join? klik banner kat ats ye.


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 28 October 2011

Bersyukurlah

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan lapar.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."



P / S : Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.."

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Thursday 27 October 2011

Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!


huh ! ta bish bish khair nak join segmen ni.
tak pnat ke hah ? tak penat la kawan... apa yg susahnya kan ? ish ish
okey okey ni segmen dr Cik Bunny ^^
sape nak join bleh klik banner ats 2 ok =)

Tarikh tutup: 20 November 2011
salam =)

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Memang Dah Nasib Badan

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya khair diberi satu tugasan yang nampak mudah tapi agak rumit la. huhu. Tugasan ini diTAG oleh seorang kawan khair yang bernama Wan Putri Fairuz Kamal. Saje jer dia ni. Tapi tidak mengapa la. Sudah jadi macam satu amanah pula. Antara peraturannya(minta maaf ya sebab peraturannya dalam bahasa inggeris):



1. You must post these rules.

2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.

3.Answer the questions that the tagger has set for you in their post and create 11 new questions to the people you tagged to answer.

4.  You have to choose 11 people to tag and link them on the post.

5.  Go to thier page and tell them you have tagged HIM / HER.

6.  No tag back.

7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU READ THIS" you legitimately ( a.k.a  REALLY , TRUST , WITH ALL HONESTY ) have tagged 11 people.




11 PERKARA TENTANG KHAIR:



  • nama pendek saya khair @ amirin @ amir
  • umur 18 tahun
  • tinggal di shah alam , selangor
  • hari lahir pada  23 mac 1993
  • suka habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • suka baca novel
  • suka warna hijau , putih , hitam , pink
  • seorang yang sporting
  • pandai hidup berdikari
  • bila bosan suka kacau orang
  • teringin sangat nak belajar memasak

Soalan daripada Wan Putri Fairuz Kamal :

  • bgaimana dgn hari -hari korg? Sentiasa ceria
  • pe bnde yg plg epy dlm idup korg ? Tercapai cita-cita yang diidamkan
  • pe bnde yg plg mydihkn / myayatkn ati korg ?  Kehilangan orang yang disayangi
  • bnde pe yg plg korg syg ? Ilmu dan amal
  • korg suke wt pe law bosn ? Bermain mesej
  • suke berblog x ?  Suka sangat
  • wane kgmrn korg ?  Hijau, putih , hitam , pink
  • korg kaki jln or kaki umh ? Kaki jalan
  • kngn terakhr yg trindh wt korg ?  Bersama dengan orang tersayang
  • insn yg sllu brsme korg tyme sdh/gmbira?  Keluarga dan kawan-kawan
  • mncbr x ngn soklan2 kt ats ni ? sbb ?  Sangat-sangat mencabar kerana awak yang tanya soalan ini 



Soalan khair kepada awak :

1. Siapa kawan baik awak ?
2. Perkara paling penting di dalam hidup awak ?
3. Tujuan awak buat blog ?
4. Warna paling awak tidak suka ?
5.  Kereta apa menjadi impian awak ?
6.  Detik terindah awak semasa tadika ?
7.  Benda paling awak nak dalam dunia ini ?
8.  Cita-cita awak selepas pencen ?
9.  Binatang paling awak geli nak pegang ?
10.  Idola awak sepanjang zaman ?
11.  Susah tak soalan-soalan di atas ? sebab ?


11 KAWAN YANG BERTUAH UNTUK JAWAB SOALAN KHAIR :


P /S : Jangan marah ya wahai kawan-kawan yang khair tag ni. Kalau boleh jawab la ya!!! :)



Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 26 October 2011

Azan Di Gereja

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini khair nak kongsi satu video yang sangat menarik.  Tentu kawan-kawan tidak percaya kalau khair beritahu yang kristian pun memiliki sifat toleransi agama dengan Islam. Bukan bermakna khair nak memihak kepada mereka tetapi kita bolehlah mengambil apa-apa yang baik daripada mereka selagi tidak menyalahi Syariat Islam.  Percaya atau tidak yang mereka juga azan di dalam gereja??? Berikut merupakan bukti sikap toleransi kristian.




" Finally I found this fantastic comment without any bad words from your side or from ours. Thank u very much for your open mind, may ALLAH save the peace in our world", komen seseorang.


Hal inilah yang dinamakan satu rahmat buat kita umat Islam. InsyaAllah, semoga khair dan rakan-rakan boleh ambil iktibar melalui perkonsian ilmu ini.


P/S: Dibenarkan untuk COPY PASTE demi kesejahteraan ummah!!!
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Monday 24 October 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

P/S: Dibenarkan untuk copy demi kesejahteraan ummah.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 19 October 2011

Wajah Rasulullah S.A.W berseri walaupun depan musuh


Bismillah...
1 kisah mengenai kemuliaan peribadi Rasulullah S.A.W. Wajah Rasulullah S.A.W sentiasa ceria dan berseri sekalipun berhadapan dengan orang yang di bencinya. Di riwayatkan  bahawa suatu hari Uyainah bin Hishn memasuki kediaman Rasulullah S.A.W. Lelaki itu memiliki sifat yang kasar dan sifat itu sebati dengannya, sebagai cara untuk menyelamatkan kaumnya. Ketika Uyainah tiba di hadapan Rasulullah S.A.W, baginda hanya tersenyum.

Aisyah juga berkata bahawa ada seorang lelaki yang ingin bertemu Rasulullah S.A.W. Apabila melihat orang itu walaupun dari jarak jauh, baginda bersabda: "Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat." Namun ketika lelaki itu duduk di hadapannya, baginda hanya tersenyum dan menerima dengan baik kedatangannya. Setelah lelaki itu pulang, Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah S.A.W, tadi engkau menyatakan dia begitu begini, tetapi apabila dia berada di depanmu, engkau telah menerima kedatangannya dengan baik."

Baginda bersabda: "Wahai Aisyah, bilakah engkau melihat aku berbuat keburukan?" (Riwayat al-Bukhari)


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR