Wednesday 30 November 2011

Wordless Wednesday #2




Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 29 November 2011

Ceria pagi





Cuba kawan-kawan lihat gambar di atas.
 Inilah gambar bakal atlet renang Malaysia.
 Nampaknya dia dah bersedia untuk Sukan Olimpik London 2012!!!
 Doakan dia taw...

P/s: Sekadar menambahkan ceria pagi kawan-kawan. >.<

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Monday 28 November 2011

Animasi Hijrah

Hayatilah kawan-kawan semua!!!! Saksikan video ini dan ambillah pengajaran...

                     


P/s : Jangan lupa untuk tekan butang PAUSE lagu kat blog khair sebelum menonton video ini. >.<


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Saturday 26 November 2011

SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER




Hari ni khair join segmen dr Pak Joe taw.
 Segmen ni bg kita mengenali blogger-blogger samada yang baru @ yang lama.
 Di samping itu, blog kita juga akan diperkenalkan kepada rakan blogger yang belum mengenali blog kita secara tidak langsung akan menambahkan follower kita :)

Kalo kawan-kawan nak taw lebih lanjut, pergi je ke blog Pak Joe ya ^_^
Selamat join!!!

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 25 November 2011

7 Ayat Cinta

Assalamualaikum W.B.T & salam hari jumaat

Hari ini khair nak berkongsi dengan kawan-kawan mengenai 7 ayat yang luar biasa cintanya dan
ini bukan calang-calang ayat cinta taw. mari kita belajar 7 ayat ini. >.<

Mafhum daripada Sabda Rasulullah S.A.W: Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini, akan dimuliakan Allah dan malaikat dan akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

  1. Bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu
  2. Alhamdulillah setiap kali habis melakukan sesuatu
  3. Astaghfirullah jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk
  4. InsyaAllah jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang
  5. Lahaulawala Quwwata Illa Billah apabila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk
  6. Innalillah jika menghadapi musibah atau melihat kematian
  7. Lailahaillallah bacalah sepanjang siang dan malam sebanyaknya
p/s: Khair nasihat diri ini dan kawan-kawan agar mengamalkan ayat-ayat cinta ini. semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang dipilih oleh Allah, InsyaAllah...
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Thursday 24 November 2011

Saya Nak Pecahkan Rekod Dunia!!!


Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga. >.<



--- sumbangan : Warden Bilik C 3 3 dr blog Empunyabilikc33.blogspot.com

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 23 November 2011

Cinta Sepasang Cicak



                   


Cinta itu indah..
 Cinta itu buta..
 Cinta perlukan pengorbanan dan cinta juga tidak boleh bertepuk sebelah tangan..
Demi cinta semua boleh terjadi..
Adakah manusia seperti cicak2 ini sanggup berkorban kerana cinta??
Cinta kepada tuhan cinta yang hakiki..
Biarlah hidup kita dipenuhi dengan cinta kepadaNya..
InsyaAllah...

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wordless Wednesday


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 22 November 2011

Hadiah Cincin Berlian

Photobucket

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."





sumbangan: Kamal
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Sunday 20 November 2011

Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.


----sumbangan: Mamat



Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Romantiknya...

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."
 Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu." 


--- Sumbangan: Along






Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Saturday 19 November 2011

Romantiknya...

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."
 Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu." 


--- Sumbangan: Along

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 16 November 2011

Anak Perempuan Kecil Yang Malang


Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".



P/S: SHARE KANLAH INI UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MENENTANG KEKERASAN PADA KANAK-KANAK!
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 15 November 2011

Saya Dan Encik Iman

Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih Encik Iman.



P/S : Sesungguhnya iman kita bertambah dan berkurang. Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha agar iman kita sentiasa bertambah, insyaAllah.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Sunday 13 November 2011

Bercinta Tidak Memerlukan Sebab

Assalamualaikum W.B.T.



Bercinta tidak memerlukan syarat? betol ke? Mari kita tengok kisah ini...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka



Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?



Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!



Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.



Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!



Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.



Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”



Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,



“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.





Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.



Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.



Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”



Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….



Kesimpulan dalam kisah ini, janganlah bercinta kerana bersyarat, cintalah kita kerana Pencipta kita.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 11 November 2011

Tufaili Si Pemalas

Assalamualaikum W.B.T. dan salam jumaat.


Hari ini khair nak kongsi satu cerita yang mana kita boleh ambil pengajaran daripada kisah para sahabat. Marilah sama-sama kita renungkan selepas membacanya.

Suatu hari Tufaili menemani seorang lelaki dalam perjalanan. Si lelaki berkata kepadanya: "Pergilah dan belikan daging untuk kami."

Tufaili: "Tidak, demi Allah saya tidak mampu."

Si lelaki kemudian pergi dan membeli daging, kemudian setelah memperoleh daging dia berkata kepada Tufaili: "Masaklah daging ini."

Tufaili: "Saya tidak pandai masak."

Kemudian lelaki tersebut yanjg memasak. Dan setelah selesai dia berkata: "Rendamlah masakan ini dalam kuah."

Tufaili: "Saya demi Allah malas."

Akhirnya lelaki tersebut mengalah dan merendam masakan ke dalam kuah. Kemudian dia berkata: "Tuangkanlah masakan ini ke dalam pinggan."

Tufaili: "Saya takut masakan tersebut tumpah membasahi pakaianku."

Si lelaki untuk kesekian kalinya mengalah lagi dan menuangkan masak tersebut ke pinggan. Kemudian dia berkata kepada Tufaili:" Sekarang makanlah."

Tufaili: "Demi Allah, saya malu jika saya menolaknya makan semakin banyaklah aku mengingkari arahanmu."

Kemudian Tufaili bangun dan makan. 



Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 9 November 2011

Sedarkah Kita??


Assalamualaikum W.B.T.


Astaghfirullah !!!
Apa sudah terjadi dengan dunia sekarang?? Agama Islam dihina!!!
Ini imej dari filem Fitna
Sudah tiba masanya untuk kuatkuasakan memboikot......

Kita umat Islam berjumlah lebih kurang 1,600,000,000......
 Kita boleh mengalahkan mana-mana ekonomi wilayah di dunia
Dengan menghantar mesej ini kepada bilangan terbesar umat Islam
> Cari apa yang anda berkata ....
Adakah dengan membenci di dalam hati sahaja??
Ayuh, BANGKITLAH semua!!!
Bersatulah kita menentang kezaliman ....

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 8 November 2011

Contest La Foto Mas Impresionante


Peraturan :

  • Buat satu entry yang bertajuk :"Contest La Foto Mas Impresionante" , maksud Ia Foto Mas Impresionante ialah contest yang paling awesome .
  • Jangan lupa letak gambar yang dipetaruhkan dalam entry tersebut , gambar edit or tak edit pun boleh join .
  • Tag kepada sekurang-kurangnya 3 orang , pastikan mereka tahu bahawa contest ini .
  • Selepas siap update send link entry anda kat sini .
  • Contest ini mengunakan undian like .


Gambar di bawah merupakan 'pertaruhan' khair . . .




3 orang yang bertuah :


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Monday 7 November 2011

Jangan Lupa Tunaikan Solat Taw!!!


Assalamualaikum W.B.T.

Khair nak tanya ni, ada siapa yang belum solat lagi?

Ni yang tak da dua2 kaki ni pon buat tanggungjawab sebagai hambaNya.


Kita yang masih mendapat nikmat sepasang kaki ni lagu mana?


Masih berat lagi ke?


Pikir2kanlah ya kawan2 yang disayangi . . .

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 4 November 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com


Assalamualaikum...

cara nak join :

1. buat entry bertajuk ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”.

2. ofkos la kena follow blog Pen Merah. hehe. nak follow blog khair pun tak kisah nyerr punn. hehe.

3. copy banner comel yang macam saya khair dekat atas ni. memang comel.

4. tag kawan kawan minimum 3 orang. ok khair tag Zuramira , Wan Faisal & Memey

5. dah siap entry link kan entry dekat komen dia. hah mudahkan? semudah makan popcorn sambil tonton movie.

contest tamat pada 10 november 2011.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Durian Runtuh




السلام عليكم


jom join la kawan2 khair .

masyuk loh .

ramai blogger-2 dah cash out da duit-2 mereka yang berlambak.

kalo nak join

KLIK SINI

da siap isi la apa yang patot :)

yang penting sign in guna FB or twitter .

tipu la kalau korg xde fb kan ?

okay da siap isi form kat setting kay :)

then kalau nak letak kat blog scroll ke bawah kat belah kanan dia ada
tulis widget :) 

copy code then paste kat html :)

SELAMAT MENCUBA 

P/S : credit to Ismah Firzanah Ituwh Saia

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

SEGMEN | PENCARIAN BLOG FOLLOWER BAWAH 500



Syarat-syart penyertaan :

 Sila pastikan follower anda bawah 500
 Follow GENK [terpulang, lebih baik follow ]
 Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Follower Bawah 500
 Letak banner di atas dan linkkan ke entri ini
 Dah siap, hantar link anda ke ruangan entri ini
 Tarik Tutup : 11 November 2011, jam 2 petang



Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 2 November 2011

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking



Assalamualaikum W.B.T.

Khair nak memperkenalkan antara cara yang paling berkesan bagi seorang blogger bagi 


mendapat trafik dan memperkenalkan blognya kepada orang lain dengan blogwalking.


 Klik jer kat banner di atas dan linkkan ke entri blog tersebut.^_^





Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday 1 November 2011

SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!!!



Assalamualaikum W.B.T.

Malam ni khair nak kongsi satu segmen untuk naikkan jumlah follower dengan mendadak.
 Mudah saje la kawan2. 
Just klik jer banner kat ats 2 untuk ke tuan punya blog. 
Syarat2 penyertaan pun mudah taw.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada: 10 NOVEMBER 2011 PADA PUKUL 10 MALAM !!!


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Contest Blog Terbaeek Punyaa! by Aina&Dida


Assalamualaikum W.B.T.

Nampak x banner cute kat atas tu?
 Haha, sebenarnya khair join satu contest ni.
 Namanya "Contest Blog Terbaeek Punyaa! by aina & dida."

Kepada kawan2 yang nak join, pergilah ke blog Aina Dida..blog yg simple & nice :)




 
Pastikan dulu taw kawan2 bace syarat2nya ok?
 Hadiah yang lumayan disediakan . 
Kawan2 boleh tengok kat blog Aina:)



Di sini khair tag Ciwty SajjehShaberry Berry Wan Faisal :)

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 11 November 2011

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR