Tuesday 17 January 2012

Cara-cara Penjagaan Solat

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga sentiasa berada di dalam rahmat dan maghfirah Allah S.W.T. insyaAllah. Terus kepada tajuk yang diberikan. Pada hari ini, tidak banyak pun cara penjagaan solat tetapi banyak manfaat yang kita boleh dapat daripadanya.
  1.  Jaga Waktu Solat
Mengikut daripada pengetahuan khair, seorang penceramah di masjid khair pernah memberitahu bahawa kita tidak boleh melengahkan waktu solat melebihi 15 minit daripada waktu solat tersebut. Bukan bermakna haram tetapi kita hendak pelihara solat kita. Seeloknya solatlah di awal waktu. Kepada yang lemah iman macam khair ini, cubalah secara perlahan-lahan.

    2.  Berusaha Untuk Solat Jemaah Di Surau Atau Masjid

Perkara ini khusus bagi kaum lelaki. Bukan tidak boleh solat di rumah. tetapi Rasulullah pernah bersabda bahawa Baginda akan membakar rumah bagi kaum Adam yang solat di rumah. Betapa besarnya pahala jikalau kita solat di surau. Kita perlu BERUSAHA untuk solat di surau atau masjid.

    3.  Tingkatkan Kefahaman Tentang Solat

Bagaimana cara nak tingkatkan kefahaman ini? Kita seharusnya sentiasa belajar dengan guru atau ustaz yang lebih arif tentang solat. Kita perlu tahu tentang syarat sah, wajib, perkara yang membatalkan solat dah sebagainya yang berkaitan dengan solat. Begitulah yang dinamakan kefahaman dalam solat.


P/s : Khair memohon maaf andai ada terdapat kesilapan di sini. Mohon supaya kawan-kawan perbetulkan kesilapan khair ya. Syukran. Assalamualaikum W.B.T.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 11 January 2012

3 Tanda Melakukan Dosa Kepada Allah

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah S.A.W. kerana kita dapat lagi hidup dalam nikmat iman dan islam. InsyaAllah, semoga kita sentiasa menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur. Jadi, setelah hampir sebulan khair tidak berkongsi ilmu melalui laman blog ini, pada hari ini, khair akan berkongsi ilmu berkenaan dengan tajuk di atas, "3 TANDA MELAKUKAN DOSA KEPADA ALLAH".

Khair mendapat sedikit daripada ilmu Allah ini sewaktu mendengar kuliah maghrib di masjid berdekatan rumah khair. InsyaAllah, kita akan mendalami tanda-tanda yang merujuk tajuk di atas.

  • Pertama: Sistem Pengangkutan Yang Membawa Masalah

Pelik bukan dengan tanda pertama ini? Memang tidak mustahil khair dan kawan-kawan pernah mengalami masalah ini. Kadang-kadang kereta yang kita pandu mengalami kemalangan. Pernah terjadi bukan? Bagaimana pula dengan selalu mengalami kesesakan di jalanraya bukan pada waktu puncak? Dan kenderaan yang baru dibeli tiba-tiba rosak. Kebanyakan pembeli menyalahkan syarikat pembuat kereta. Padahal mereka membuat mengikut piawaian yang ditetapkan. Bagaimana pula dengan kenderaan baru yang lain? Adakah mengalami kemalangan yang sama dengan kita? Setiap daripada kita pernah mengalami masalah sedemikian. Jadi, mungkin ini tanda kita pernah melakukan dosa kepada Allah. Beristighfarlah kita atas dosa yang pernah kita lakukan.

  • Kedua: Isteri yang nusyuz

Hal ini banyak berlaku dalam rumahtangga. Isteri yang nusyuz bukan sahaja isteri yang curang tetapi isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka dalam rumahtangga. Jika si suami pulang ke rumah, dia melihat anak-anak yang menangis meminta susu. Ada pula rumah yang bersepah dengan mainan si anak. Tidak kurang pula si isteri tidak menyambutnya di muka pintu seperti biasa ataupun membuatkan air untuk si suami.  Memang banyak tanda-tanda isteri yang nusyuz tetapi khair nak tekankan di sini bahawa inilah salah satu tanda kita pernah melakukan dosa kepada Allah tanpa kita sedari. Astaghfirullah.

  • Ketiga: Terdapat Tikus Di Dalam Rumah
Ini bukan tikus yang sesetengah orang bela ya kawan-kawan. Khair nak sebut di sini tikus yang secara tiba-tiba memasuki rumah di luar kebiasaan. Ada seorang kawan khair tanya, "Habis, kalau di negara yang banyak tikus bagaimana pula?" dan "Kalau lipas atau kala jengking pula?". Bagus soalan yang kawan khair tujukan itu. Penceramah itu cakap ini hanya pendapat para alim ulamak sahaja. Ini berdasarkan apa yang mereka bincangkan bersama. Negara yang memang terkenal dengan tikus mungkin sudah terkeluar daripada tanda-tanda ini. Begitu juga dengan binatang selain daripada tikus.

InsyaAllah, melalui sedikit perkonsian ilmu ini, kawan-kawan lebih mengetahui tentang tanda-tanda kita pernah melakukan dosa kepada Allah. Oleh itu, khair nasihatkan diri ini dan kawan-kawan agar selalu beristighfar kepada Allah agar kita tergolong di dalam orang-orang yang mengabdikan diri kepadaNYA. Amin.

Wallahua'lam...


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR