Saturday 25 August 2012

Memaafkan Itu Indah

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah di dalam sebuah majlis ilmu, ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama para sahabat, tiba-tiba baginda berkata,

"Wahai para sahabatku, sebentar lagi akan datang seorang ahli syurga."

Kemudian datanglah Sa'ad bin Abi Waqas, pemuda yang
 dimaksudkan oleh Baginda.

Maka, lahirlah perasaan 'cemburu' dan ingin tahu seorang sahabat ini.

Kenapa Rasulullah SAW mengatakan pemuda itu adalah ahli syurga?

Apakah amalannya?

Maka dia pun mohon izin untuk bermalam di rumah Sa'ad bin Abi Waqas.

Apa yang dilihat oleh sahabat ini adalah Sa'ad bin Abi Waqas tidak mempunyai ibadah istimewa yang dilakukannya.

Yang ada cuma, ibadah yang wajib sahaja, solat malam pun tak ada.

Lalu sahabat pun bertanya kepada Sa'ad bin Abi Waqas.

Maka, beliau pun berkata,

"Mungkin yang menjadikan aku sebagai ahli syurga seperti yang dikatakan oleh Rasulullah kerana aku tak pernah sedikit pun hasad dengki

Bahkan tiada niat untuk hasad dengki.

Setiap malam aku akan memafkan kesalahan semua orang sebelum aku tidur."

_____________________________________________________




Belajarlah untuk memaafkan.

Kadang-kadang, hati menjadi gelisah,
Kerana terlalu menyimpan dendam,

Sampai hanya yang buruk-buruk saja yang terlihat,
Lalu jadi sibuk merencana,

"Aku mahu lakukan begitu dan begini terhadapnya,
Baru puas hati aku!

Baru lunas dendam aku!"

Sampaikan hidup yang indah ini,
Yang dipenuhi dengan pelbagai lagi kegembiraan,

Jadi sirna di penglihatannya,
Dek dendam yang tidak mahu diuraikan.

Sakitlah kamu sendiri.
Bila hati hanya mahu terus berdendam.

Maafkanlah.
Mungkin bukan mudah,

Perlahan-lahan,
Belajar untuk memaafkan.

=)

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Saturday 18 August 2012

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

بسم الله الرحمن الرحيم



Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Thursday 16 August 2012

Pencinta Batu Permata...

Dalam hidup saya,
Saya mempunyai tersangat banyak batu permata yang bernilai dan cantik- cantik,



Kesemua batu permata itu saya simpan didalam sebuah kotak merah yang sangat mahal harganya,
Walaupun batu permata didalam simpanan saya sudah tersangat banyak,
Masih ramai lagi manusia yang datang dan ingin menghadiahkan batu permata yang cantik-cantik dan mahal- mahal kepada saya,
Namun begitu saya terpaksa menolaknya dengan baik kerana saya tahu saya tidak mampu untuk menjaga batu- batu permata yang banyak itu dengan baik,
Batu- batu permata yang ada didalam simpanan saya juga saya hadiahkan kepada orang yang memerlukannya,
Akhirnya hanya tinggal sebutir batu permata yang masih tinggal didalam simpanan saya,



Batu permata yang terakhir ini adalah batu permata yang paling cantik dan yang paling bernilai pernah saya simpan,
Kemudiannya saya simpan batu permata itu didalam sebuah kotak merah yang lebih kecil saiznya supaya saya dapat membawanya kemana sahaja saya pergi,



Dengan itu saya dapat pasti ia sentiasa berada dalam keadaan yang sangat selamat,
Saya juga sentiasa mengilapnya supaya ia akan kelihatan sentiasa cantik berkilauan,
Walaupun saya tahu batu permata ini tidak mampu mendengar dan tidak mampu untuk berkata apa- apa,
Jauh disudut hati ini, suatu hari nanti saya ingin batu permata ini tahu bahawa dia adalah batu permata yang paling saya sayang dan paling bernilai dalam hidup saya.
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Sunday 5 August 2012

Mukjizat Nabi Musa AS

بسم الله الرحمن الرحيم


Tatkala khair tadabbur Surah Al-Mukminun : Ayat 45, ditambah pula dengan Surah Al-Isra' : Ayat 101-104, khair tertarik dengan perbincangan tentang 9 mukjizat Nabi Musa AS. Almaklumlah, khair hanya tahu sebahagiannya sahaja. sahabat-sahabat juga begitu kan3??? :)

Dengan keinginan yang terlalu mendalam, khair pun terus mencari laman web yang boleh memecahkan kebuntuan dalam menjawab persoalan yang berlegar di dalam lubuk pemikiran khair ini. (^^,)

Berdasarkan pemerhatian dan kajian khair merujuk beberapa bahan-bahan yang berkenaan tesis khair (gurau jer), maka terhasillah sedikit jawapan yang bercanggahan dengan Tafsir Al-Quran yang khair gunakan mengenai tajuk di atas.

Merujuk kepada blog http://suriadihatiku.blogspot.com/2011/01/sembilan-mukjizat-nabi-musa-as.html , khair mendapati 9 mukjizat Nabi Musa AS ialah :
1) TANGAN
2) TONGKAT
3) TAURAT
4) TAUFAN
5) BELALANG
6) KUTU
7) KATAK
8) DARAH
9) MUSA AS berbicara dengan Allah secara langsung..
Dan hal ini sedikit bercanggah dengan Tafsir Al-Quran yang khair gunakan iaitu :
1) TANGAN
2) TONGKAT
3) BELALANG
4)BANJIR BESAR
5)LAUT
6) KUTU
7) KATAK
8) DARAH
9) GUNUNG (SINAI)

Sahabat-sahabat nampakkan perbezaan di atas? Bagi khair, kita jangan terlalu memikirkan perkara ini secara mendalam. Jika mahu, sila rujuk kepada ulama'-ulama' muktabar atau kitab-kitab yang sahih dalam menerangkan permasalahan ini. Khair sekadar mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat dan tiada niat mahu melagakan antara pihak A dan pihak B (sekiranya ada). Yang penting, kita telah mengetahui bahawa Nabi Musa mempunyai 9 JENIS MUKJIZAT. Wallahu'alam.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Thursday 2 August 2012

Bangun Sahur

بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan lupa bangun sahur ye sahabat-sahabat semua! Sesungguhnya bersahur itu merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Bagi yang bersahur, lebih afdal bagi kita untuk melambatkan bersahur. (^^,)


P/s: "Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad.




Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 1 August 2012

Saya Dan Encik Iman

Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.



Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih Encik Iman.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR