Saturday 21 March 2015

Kasut dan Garam

Bismillah 

Kasut yang tidak muat bukanlah satu keuntungan 



Ada sepasang kasut yang cantik, tetapi saiznya terlalu kecil di sebuah jualan yang menawarkan diskaun 80%.. tidak berbaloi untuk dibeli dan bagi anda, tidak layak untuk sebarang harga.

Kerana kasut yang tidak muat bukanlah sesuatu yang menguntungkan.

Garam yang banyak tidak berbaloi 



Dan di kedai makan, anda mungkin 'terperasan' bahawa tiada bayaran tambahan untuk garam. Kita boleh ambil sebanyak mana yang kita mahu untuk makanan kita secara percuma (sudah pasti ia bukan betul-betul percuma, ia adalah sebahagian daripada apa yang kita bayar untuk makanan itu, jadi untuk menjadikan bayaran kita itu berbaloi, mungkin kita mahu gunakan garam dengan banyak).

Ya, memang itu adalah perbuatan yang غير معقول (Baca: tidak berakal)

Kerana walau seberapa banyak yang kita bayar untuk garam itu dan walau kita boleh gunakannya tanpa had, menggunakannya secara berlebihan hanya akan merosakkan hidangan kita. Terlalu banyak garam juga bukanlah sesuatu yang bagus.

Kehidupan 

Hidup ini sebenarnya bukanlah ‘semuanya kita boleh pakai dan makan’.

Ia adalah ‘semua yang kita peduli untuk pakai dan makan’. Hal ini adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya.

Hanya kerana kita memilikinya tidak bermakna kita perlukannya. Oleh hanya kerana kita membayarnya tidak bermakna kita harus menggunakan kesemuanya.

Hidup kita adalah terlalu singkat, dan kita tidak akan mampu melakukan semua perkara. Mustahil untuk mencapai semua perkara. Jadi rancang dan pilih perkara yang betul-betul memberikan keuntungan kepada kita. Dunia dan Akhirat.



Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Friday 20 March 2015

Umat Islam Satu Realiti

Bismillah

Di dalam kitab 
الأمة الإسلامية... حقيقة لا وهم
Karangan Dr Yusuf al-Qaradhawi ada menyebut mengenai Umat Islam adalah satu REALITI  berdasarkan beberapa aspek iaitu;

1) Logik Agama

Al-Quran menggambarkan umat Islam sebagai "Umat Yang Satu" berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku" [Surah Al-Anbiya' : 92]

Di dalam hadis ada menyebut: "Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh" [Riwayat Bukhari dan Muslim]

2) Logik Sejarah 

Sulaiman al-Halabi, keluaran al-Azhar membangkitkan kesedaran kesatuan "Ketimuran Arab" menentang tentera Napolion 

Jamaluddin al-Afghani, mengetuai kebangkitan kesatuan Umat Islam menentang penjajah di Afghanistan 

3) Logik Geografi 

Kita akan lihat warna hijau sebagai simbol kepada peta dunia Islam

4) Logik Realiti Setempat 

Jika kita perhati secara mendalam dan sedar, kita akan merasai kewujudan kesatuan Umat Islam lebih-lebih lagi di saat saudara-saudara se-Islam kita di dalam musibah dan kesulitan. 
Kita akan saling membantu meringankan mangsa bencana, membantu golongan lemah dan serba kekurangan bila-bila masa di mana jua kita berada

Pada tahun 1967, Qatar telah membuka khidmat kesukarelaan bagi membantu rakyat Palestin atas nama kesatuan Umat Islam 

5) Logik Pihak Musuh 

Musuh melihat kesatuan Akidah Umat Islam dan berusaha untuk memecahkan blok tersebut. Mereka beranggapan bahawa kesatuan Akidah dan Fikrah mampu mengancam mereka


6) Logik Maslahah dan Zaman

Kehilangan Khilafah Islamiah pada 1924 secara tidak langsung membangkitkan semangat untuk membina kembali Khilafah di muka bumi ini

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday 11 March 2015

Allah Sayang Kita

Sahabat-sahabat tentu pernah mengalami perasaan berikut, bukan? 

Perasaan 1

"Banyak sangat dosa aku! Boleh ke aku diampunkan?"

ALLAH SAYANG KITA

Allah telah menjawab di dalam sabda-Nya yang bermaksud:

"Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui" [Surah Ali-Imran:135]

Perasaan 2

"Aku sudah tiada sesiapa di dunia ini! Semua sudah tinggalkan aku!"

ALLAH SAYANG KITA 

Jangan risau duhai hati. Allah telah pujuk hati kita:

"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku" [Surah Al-Baqarah:152]

Perasaan 3

"Banyaknya masalah dalam hidup aku ni! Tiada sesiapa yang boleh bantu aku"

ALLAH SAYANG KITA 

Allah beri jalan penyelesaian:

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membuka jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." [Surah At-Talaq:2-3]

Perasaan 4

"Banyak sangat impian aku yang belum tercapai"

ALLAH SAYANG KITA 

Allah sentiasa ada untuk kita:

"Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu" [Surah Ghafir:60]


Nah, Allah tidak akan membiarkan Hamba-Nya keseorangan tanpa bantuan.

Kita memerlukan Allah tetapi Allah tidak memerlukan kita!


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR