Friday 16 March 2012

Apa punca anak derhaka?

Assalamualaikum.
Bismillah.

Anak derhaka... jikalau kita fikir balik, banyak persoalan yang akan bermain di fikiran. Bagaimana pula boleh timbulnya perkongsian mengenai anak derhaka ni? Jawapannya, khair dapat daripada khutbah jumaat sebentar tadi. Hehe.. Merujuk tajuk di atas, kenapa khair x kongsi mengenai siapa yang salah apabila anak menjadi derhaka? Dah terbuktilah samada ibu bapa atau anak itu sendiri kan? Bukan salah guru ok.. Kesian mereka.



Jom kita kaji punca anak menjadi derhaka:

  1. Kurangnya didikan agama daripada ibu bapa itu sendiri. Tidak semua ibu bapa yang lahir daripada kalangan yang berpendidikan agama. Namun, pelbagai cara boleh dilakukan untuk memberi didikan agama kepada mereka.
  2. Apabila anak-anak berjaya di dalam pelajaran atau pertandingan, tiada ucapan tahniah apatah lagi senyuman untuk si anak. Agak-agaknya, jikalau perkara sebaliknya berlaku, si anak mungkin dimarahinya.
  3. Anak-anak tidak dijadikan kawan atau teman lagi-lagi ketika usia mereka dalam lingkungan14 hingga 21 tahun (remaja). Pada usia ini, mereka perlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.
  4. Perasaan anak-anak tidak dihargai. Ibu bapa tidak peduli ketika mana mereka sedih, gembira, kecewa, sunyi dan sebagainya. Kebanyakan ibu bapa sibuk mengejar pangkat dan harta sahaja.
  5. Ibu bapa terlalu manjakan si anak. Semua permintaan anak ditunaikan. Memanglah tidak salah mengamalkan peribahasa Bagai Menatang Minyak Yang Penuh, tapi perlulah berpada-pada dan jangan sampai si anak 'memijak kepala' ibu bapa.
Anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorakkannya. Jadi, ibu bapa tidak akan terlepas jikalau dituduh tidak pandai mendidik anak-anak. Fikir-fikirkanlah...

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR