Thursday 7 June 2012

الحقيقة والمجاز

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

Persoalan : mohon jelaskan tentang majaz wa haqiqah. bagaimana hendak membina ayat majaz dengan mudah ?? mohon jelaskan ..=)
-khairun nabila-


InsyaAllah, hari ini khair akan berkongsi sedikit ilmu mengenai الحقيقة والمجاز.mohon maaf andai ada salah silap daripada khair.khair juga masih belajar.. ^_^


الحقيقة
(Menunjukkan makna sebenar)

 :مثل 

يصطاد أبي السمك في البحر
(1a) Ayah saya menangkap ikan di laut

إذا جاء الليل نعيش في الظلمات
(2a) Jika tibanya malam, kami hidup dalam suasana gelap

المجاز
(Menunjukkan BUKAN makna sebenar)

 :مثل

أتعلم علم البلاغة من البحر
(1b) Saya belajar Ilmu Balaghah daripada orang yang dalam ilmunya

أخرج الرسول الناس من الظلمات إلى النور
(2b) Rasul mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya

________________________________________________________________________







Ok,sekarang cuba anda perhatikan perbezaan antara kedua-dua ayat [ (1a)-(1b) ] dan [ (2a)-(2b) ]. Anda nampak perbezaan??? :)

Kita cuba selidik satu-persatu :

  • البحر sebenarnya membawa maksud Laut bukannya Orang yang dalam ilmunya. tetapi ayat (1b), Laut dijadikan perumpamaan bagi Orang yang dalam ilmunya merujuk kepada laut yang dalam. Faham??? :)
  • الظلمات sebenarnya membawa maksud Gelap tetapi dalam ayat (2b) dijadikan perumpamaan Kegelapan yang merujuk kepada KEKAFIRAN. Hal ini kerana KEKAFIRAN berlawanan dengan cahaya (KEIMANAN). :)

Alhamdulillah,inilah serba sedikit perkongsian ilmu daripada khair. Semoga memberi manfaat kepada pembaca dan diri ini, insyaAllah. ^_^


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR