السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
Persoalan : mohon jelaskan tentang majaz wa haqiqah. bagaimana hendak membina ayat majaz dengan mudah ?? mohon jelaskan ..=)
-khairun nabila-
InsyaAllah, hari ini khair akan berkongsi sedikit ilmu mengenai الحقيقة والمجاز.mohon maaf andai ada salah silap daripada khair.khair juga masih belajar.. ^_^
الحقيقة
(Menunjukkan makna sebenar)
:مثل
يصطاد أبي السمك في البحر
(1a) Ayah saya menangkap ikan di laut
إذا جاء الليل نعيش في الظلمات
(2a) Jika tibanya malam, kami hidup dalam suasana gelap
المجاز
(Menunjukkan BUKAN makna sebenar)
:مثل
أتعلم علم البلاغة من البحر
(1b) Saya belajar Ilmu Balaghah daripada orang yang dalam ilmunya
أخرج الرسول الناس من الظلمات إلى النور
(2b) Rasul mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya
________________________________________________________________________
Ok,sekarang cuba anda perhatikan perbezaan antara kedua-dua ayat [ (1a)-(1b) ] dan [ (2a)-(2b) ]. Anda nampak perbezaan??? :)
Kita cuba selidik satu-persatu :
- البحر sebenarnya membawa maksud Laut bukannya Orang yang dalam ilmunya. tetapi ayat (1b), Laut dijadikan perumpamaan bagi Orang yang dalam ilmunya merujuk kepada laut yang dalam. Faham??? :)
- الظلمات sebenarnya membawa maksud Gelap tetapi dalam ayat (2b) dijadikan perumpamaan Kegelapan yang merujuk kepada KEKAFIRAN. Hal ini kerana KEKAFIRAN berlawanan dengan cahaya (KEIMANAN). :)
Alhamdulillah,inilah serba sedikit perkongsian ilmu daripada khair. Semoga memberi manfaat kepada pembaca dan diri ini, insyaAllah. ^_^
6 70 Komentar:
subhanallah... :) majaz... ada matahari di dalam kelas.. ( boleh dikira contoh majaz..?
owh,boleh sahaja...lagipun, "matahari" di sini bukan "matahari yang panas" kan??? Sudah tentu boleh :)
tapi "matahari" yang anda maksudkan apa ye???kekasih ye???hehe... :P
masa ana belaja dulu, matahari tu umpama penyuluh sebab matahari kan memberi cahaya dgn izin Allah :) so ayat majaz ana mcm tadi, ada matahari di dalam kela.. heee guru, boleh bg full mark tak kat ana..?ke ana salah..betulkan ana..heee :)
syukrannn ala kulli hal wa follow my blog hee (asif - x tau arab ikut ana ape..)
MasyaAllah, terlebih full mark pon boleh...hihi...nta betul je la...sebab ana andaikan matahari ni penyuluh hidup (memberi ilmu) bagi murid yang belajar di dalam kelas...jadi, x salah la ayat nta 2... :)
خطب الأسد على المنبر
السلام عليكم
Kak boleh terangkn apa itu قرينة)~لفظية~حالية)
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.