Saturday 8 September 2012

P.I.J.A.T

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam pagi Sabtu. Apa khabar sahabat-sahabat khair sekalian? Alhamdulillah, pada hari ini, khair akan berkongsi sedikit maklumat mengenai PIJAT. Mungkin ada dalam kalangan sahabat-sahabat yang sudah mengenali benda alah spesies ini. 

Khair tergerak untuk berkongsi mengenai hidupan ini setelah menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersama Exco Negeri Selangor anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) semalam di Masjid 'Ubudiyyah Seksyen 19.


Pengerusi ILMAM Selangor, Ustaz Mohd Farhan Madzlan telah berucap mengenai suasana di Mesir. Khair tertarik dengan kata-kata beliau yang berbunyi, "Kalau di Malaysia, pada waktu malam kita sering diganggu dengan serangga bernama nyamuk, tetapi di Mesir, kita akan bersahabat dengan PIJAT pada waktu malam." (maaf kerana terdapat banyak tokok tambah dalam kata-kata beliau). Maka, lahirlah entri ini. Itu yang pertama taw! (:

Kedua, timbulnya idea untuk menitip entri ini berikutan satu post oleh sahabat khair bernama Aiman Al-Kant (bukan nama sebenar) yang berbunyi, "Terima kasih kepada nyamuk yang menggangguku di saat aku nak TIDUR!!!" Pabila teringat nyamuk, maka khair akan teringat pijat.haha! ^_^

Khair tidak mahu membuang masa, jadi khair teruskan dengan tajuk di atas. Kita nak bertaaruf sedikit dengan serangga ini. Memetik artikel daripada http://ms.wikipedia.org , Pijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain.Pijat (or sometimes bedbugs) adalah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius. Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas.Sejumlah kesan yang menjejaskan kesihatan mungkin disebabkan oleh pijat, termasuk radang kulit, kesan psikologi, dan simptom alahan. Diagnosis membabitkan menjumpai pijat dan simptom serasi yang timbul. Rawatan sama juga sekadar merawat simptom.

Di dunia yang membangun, pijat kebanyakannya dihapuskan sebagai perosak pada awal 1940-an, tetapi semakin meningkat sejak 1995. Oleh kerana jangkitan habitat manusia semakin meningkat, keadaan berkait dengan gigitan pijat juga turut semakin meningkat. Punca sebenar peningkatan ini kurang jelas; ia dikatakan disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing, peningkatan pertukaran perabut terpakai di rumah-rumah, penumpuan lebih besar pada pengawalan haiwan perosak lain menyebabkan pengabaian pengawalan pijat, dan peningkatan kekebalan pada racun serangga. Bed bugs have been known as human parasites for thousands of years.

Pijat menggemari habitan dalam rumah dan terutamanya di katil atau kawasan tempat tidur yang lain. Pijat sungguhpun tidak nokturnal sepenuhnya, kebanyakannya aktif pada malam hari dan mampu menghisap darah tanpa disedari oleh hos mereka. 

Inilah serba sedikit mengenai sahabat kita yang bernama PIJAT. Kepada sahabat-sahabat khair yang hendak ke Mesir khusunya, bersedialah untuk mendapat 'kawan baru' di sana. Semoga dengan artikel ini dapat menambahkan lagi ilmu sahabat semua. Ops! khair terlupa nak tunjukkan gambar 'kawan baru' kita ini. Nah, sahabat-sahabat tengoklah sepuas-puasnya! (^^,)


Bukan gambar hiasan

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

1 70 Komentar:

#thelagidanlagi said...

pijat ngn gua dah x dpat dipisahkan...
walupun pahit dihati , tetap gua telan..
hahahaha


WTFish ohh pijat!!

Post a Comment

Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR