Bismillahirrahmanirrahim.
Mesir. Pelbagai
pengalaman baru yang saya tempuhi di sini. Termasuklah ujian dan cubaan
daripada Ilahi. Ini semua lumrah kehidupan. Ujian ini akan menjadikan kita
seorang insan yang kuat pada masa hadapan.
Hadis Qudsi
riwayat Bukhari dan Muslim: Allah S.W.T turun ke langit dunia pada satu pertiga
hujung malam tersisa dan Allah S.W.T bertanya kepada hambaNya, “Adakah terdapat
hambaku yang bangun pada waktu ini dan berdoa kepadaKu? Aku mahu makbulkan doa
dia. Adakah terdapat hambaKu yang bangun pada waktu ini dan ingin bertaubat
padaKu? Aku mahu ampunkan dosanya. Adakah terdapat hambaKu yang bangun pada
waktu ini dan meminta? Aku mahu beri apa yang dia minta.”
Kita hamba yang
jahil dan banyak dosa tetapi Allah offer untuk makbulkan doa, ampunkan
dosa dan memberi apa yang kita pinta. Subhanallah! Begitu pemurahnya Allah
S.W.T. Tetapi kebanyakan daripada kita bangun pada waktu malam untuk menonton
bola, melayari internet, membuat kerja dan sebagainya. Betapa sombongnya kita!
Banyak nikmat yang Allah beri tetapi apa yang kita lakukan untuk Allah? Tepuk
dada tanya iman.
Mintalah kepadaNya
“Dan tuhanmu berfirman, berdoalah kepadaKu,
nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Surah
Ghafir:60)
Jangan kita ego kepada tuhan. Ayat di atas memang jelas
menyuruh supaya meminta kepada Rabb
kita. Solat lima waktu secara berjemaah di masjid atau surau. Puasa sunat Isnin
dan Khamis. Membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari beserta
terjemahan. Bangun malam bermunajat kepadaNya. Semua ini akan menarik cinta dan redha Allah kepada kita. Pohonlah seikhlasnya.
InsyaAllah, Allah pasti akan makbulkan.
Bersyukur saat diuji
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk
menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha
Perkasa Maha Pengampun.” (Surah Al-Mulk:2)
Apabila kita ditimpa
ujian, ceritalah kepada Allah. Memang pada zahirnya kita tidak akan dapat
keluar daripada masalah tersebut secara langsung, tetapi kelegaan di dalam jiwa
akan dirasai. Kita pasti akan tersenyum kerana senyum itu indah. Allah lebih
mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
“Ya Allah,
Engkau bantulah kami. Jangan Engkau duga kami dengan sesuatu yang tidak dapat
kami hadapi.” Berdoalah dengan setulus hati kepadaNya. Allah timpakan ujian
kepada kita kerana Dia teramat menyayangi kita. Dia mahu hambaNya menangis dan
merintih kepadaNya. Bersangka baiklah kepadaNya.
Di saat kita
ditimpa kesulitan, janganlah diabaikan setiap ibadah yang kita jaga selama ini
terutamanya solat. Tatkala kita sakit, kita bagaikan orang tua yang lupa untuk
menunaikan solat. Berbeza pula sewaktu kita sihat, setiap hari kita pergi
menunaikan solat di masjid. Tetapi kenapa apabila kita menghadapi ujian kecil
Allah ini, kita lupa tentang solat? Kerana solatlah perkara pertama yang akan
ditanya di akhirat nanti.
“Maka
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan
ada kemudahan.” (Surah Asy-Syarh:5-6)
Sesungguhnya
kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Jalannya
dihiasi duri-duri luka. Tidak dibiarkan lena dalam limpahan nikmat. Tetapi
dihidangkan keperitan dan onak duri yang tiada sudah umpama perjalanan dakwah
Rasulullah S.A.W.
Bilamana
keyakinan kita adalah yang tertinggi kepada Allah, segala yang sempit menjadi
lapang, yang sulit menjadi senang dan jiwa yang resah menjadi tenang. Teguhlah
di jalanmu wahai jundullah islam! Usah meminta diperkecil ujian, tetapi
pintalah agar dikuatkan iman menghadapi ujian. Hal ini kerana ujian sebagai
medan untuk mendidik dan mertarbiyah diri, sebagai hadiah daripada pemberi,
sebagai tanda kasih dan saying Ilahi.
Sahabatku,
bersyukurlah andai diri masih diuji, kerana hati ini masih diberi peluang
ditarbiyah oleh Allah untuk menerima hidayah melalui ujianNya. Bangkitlah!
Teliti diri koreksi hati. Wallahu A’lam.
Hayyu ‘Asyir,
Kaherah, Mesir.
8.27 am
3 70 Komentar:
Setiap ujian yg Allah turunkan, pasti ada hikmah disebaliknya kan?? entry yg penuh manfaat.. :) saya follow sini.. jmput sggah blog saya..
http://catatannotakehidupan.blogspot.com/
moga anda tabah di negara orang. Allah sentiasa ada utk kita :)
naam ahsanta.. senyum yaa sohabi :)
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.