Tuesday 1 October 2013

Berita Gembira

Bismillah.

     Apa khabar sahabat sekalian? Sudah lama saya tidak mencoret di laman blog saya ini atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah, dengan kesempatan yang ada, saya ingin berkongsi dengan kalian berkenaan tajuk di atas.

     Hari ini kita berdepan dengan realiti bahawa Islam dihina dan dipijak-pijak tanpa perikemanusiaan. Namun, perkhabaran mengenai BERITA KEMENANGAN ISLAM amatlah dituntut pada masa kini. 

     Kerana Baginda S.A.W menyuruh kita untuk menyampaikan berita gembira dan bukan berita yang boleh menimbulkan kebencian terhadap Islam. Begitu juga Baginda S.A.W. menyuruh kita supaya memudahkan urusan agama dan jangan menyulitkannya. Inilah kaedah yang digunakan oleh Doktor Yusuf Al-Qaradhawi Rahimallah dalam memberi fatwa beliau. Kita dapat lihat di dalam fatwa beliau yang bersifat wasatiyyah (sederhana) dan meraikan semua pihak.

     Selain itu, umat Islam secara umumnya dan para penggerak Islam secara khususnya melalui satu perjalanan yang panjang menghadapi liku-liku di dalam perjalanan dakwah. Jika kita sampaikan berita gembira, secara tidak langsung akan menggerakkan kemahuan dalam bekerja malah memberi 1001 semangat kepada para pendakwah.

     Tambahan pula, pihak musuh Islam mengisytiharkan kempen peperangan terhadap Islam dengan tohmahan terhadap ahli gerakan Islam agar mereka futur (lemah) dan tertekan dengan dakwah mereka. Mereka merancang politik itu bukan sebahagian di dalam Islam walhal Islam yang sebenar perlulah menceburi bidang politik.

     Ramai orang beragama menyebarkan satu pemikiran yang salah tentang akhir zaman. Atau dengan pandangan sisi yang lain, mereka mengatakan masa depan umat Islam pada akhir zaman sudah gelap. Hal ini akan meletakkan Islam dalam keadaan lesu. Oleh itu, kita mesti menyampaikan berita gembira supaya kita dapat menyangkal dakwaan golongan-golongan ini.

     Setiap pendakwah Islam wajib yakin dengan janji Allah tentang berita gembira dan masa depan Islam agar kita dapat menyisihkan sikap putus asa kerana sikap ini adalah kelaziman bagi kekufuran dan kesesatan.

     Imam Hasan Al-Banna menyatakan di dalam kitabnya "Risalah" bahawa sesungguhnya perkara yang berlaku pada hari ini adalah mimpi bagi semalam dan mimpi pada hari ini adalah hakikat pada hari esok. Maksudnya kemenangan Islam pada hari ini adalah mimpi tetapi adalah ia merupakan satu hakikat pada masa akan datang. Maka, sampaikan berita baik dan renungkan berkenaan kemengan Islam.

     Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab bagi kita sebagai seorang dai'e (pendakwah) untuk menyampaikan berita gembira akan kemenangan Islam kerana itu merupakan janji Allah yang pasti. Mantapkan diri kita dengan tarbiah dan hiduplah di dalam satu jemaah agar kita menjadi 'kebal' dalam menangani musuh-musuh Islam.



"Tanpa Tarbiah Gerenti Rebah"

"Renung-renungkan Dan Selamatkan Umat"

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

2 70 Komentar:

Masmira Masri said...

salam, kunjung balas dari myaleo.blogspot... dan follow awk jemput ler bw ke blog sy bila ada masa

Mia Liana said...

syukur..... kemenangan yang dinantikan..

Post a Comment

Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR