Sunday 19 January 2014

AZHARI atau MUQORRORI

Sewaktu pulang daripada pengajian tadarus Al-Quran pagi tadi, sementara menunggu bas tiba, kami berbual-bual mengenai masa hadapan kami.

"Enta memang target nak habis belajar 4 tahun ke?" bertanya sahabat kepada saya memulakan perbualan.


"Kalau ikut rancangan camtu la. InsyaAllah, kalau ada rezeki, ana nak sambung ke Master," berkata saya.


"Ana cadangkan enta sambung kat Darul Ifta' (sebuah institusi yang melahirkan kader2 mufti)," sahabat memberi kan pandangan.


"Ana tak taw la. Ana mana ada banyak ilmu. Rasanya kalau ada rezeki nak sambung selain Darul Ifta' la," saya menjawab.


"Ni pendapat ana je la. Seorang sahabat ni, rakan2 senegara dia Brunei ramai yang masuk universiti lain selain Darul Ifta'. Ana bukan apa, dekat universiti camtu, kuliah x wajib. Cam kita sekarang la. Kuliah pon jarang datang. Pastu balik Malaysia dapat title AZHARI, padahal kuliah kat Al-Azhar datang sekali sekala, tu pon untuk amik muqorror (istilah bagi soalan) pekse daripada doktor je. Tu bukan Azhari, tu MUQORRORI! Bila balik Malaysia, keluar fatwa pelik2. Patutnya, kuliah tu WAJIB kita pergi. Lagi 2 tahun kita kat sini. Cuba tengok balik apa yang kita dah kuasai?", panjang lebar sahabat menerangkan pendapatnya.


"Betul tu apa yang enta cakap. Kadang-kadang rasa rugi sangat kita tak amik peluang yang ada," sokong saya.


Begitulah sahabat-sahabat. Menimba ilmu bukan setakat nak dapatkan keputusan cemerlang sahaja. Malah lebih daripada itu.


Teringat saya satu kalam daripada seorang sahabat:

"Kita menuntut ilmu kat Al-Azhar sekejap sangat. 4 tahun je. Pastu kita mengharapkan orang lain untuk belajar daripada kita bertahun-tahun! "

Saya berpesan kepada diri saya khususnya dan sahabat sekalian agar tajdid (perbaharui) niat kita kembali.


"Apa tujuan kita menuntut ilmu? Apakah sekadar untuk menggenggam segulung ijazah?"


"Apakah sekadar nak buat orang sekeliling kita gembira dengan kejayaan kita?"



Semoga kita sentiasa amanah dengan ilmu kita.


"Pasak Keilmuan Teguh Pemikiran"


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

1 70 Komentar:

Unknown said...

first time datang sini...belajar luar negara rupanya... suka caption kat gambar tuuu

semoga blog ni dimurahkan rezekiii...aamiiin
amal singgah sini.. selamat malam...
jemput singgah blog amal
http://cikamal.com/custom-made-sticker-kereta.html

Post a Comment

Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR