Saturday, 21 July 2012

Bersederhanalah !!!

Hah, paham x dengan tajuk kat atas 2? Kita disarankan supaya bersederhana dalam setiap amalan termasuklah dalam hal berjual beli. Kepada sahabat-sahabat yang beli juadah berbuka di bazar Ramadhan, agak-agak sikit ye. Try beli satu juadah dulu hari ini. Esok beli la yang lain pulak. Cubalah elakkan pembaziran. Anda mahu jadi sahabat syaitan ke? Fikir2kanlah ye. (^^,) 


Ini lagi TERBAIK!!!Elakkan!!!



Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Ramadhan Kembali Lagi !!!

   Khair harap belum terlambat untuk ucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK. Dalam satu hadis berbunyi, "Tiga bentuk doa mustajab : Doa ibu bapa terhadap anak, Doa orang yang berpuasa dan Doa orang bermusafir." (Riwayat al-Baihaqi)

   Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T. dengan doa-doa yang maha banyak (hiperbola kejap). Tapi kawan-kawan kena ingat bahawa berdoa bukan terhad pada Bulan Ramadhan semata-mata!!! Salah bebenaw taw fikir camtu. :)



   Bulan Ramadhan adalah bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. Subhanallah!!!Kita tahu tapi buat-buat x taw. Sebab apa? Hah, mai sini khair bagitahu. Bulan Ramadhan ada satu malam yang sangat teristimewa kepada umat Islam iaitu . . . LAILATUL QADR!!! Malam yang penuh dengan seribu satu keberkatan taw.

   Oleh itu, mari kita perbanyakkan doa kepadaNya. Jika di bulan-bulan lain amalan kita kurang, tapi berilah peluang buat diri ini tingkatkan amalan wajib dan memperbanyak amalan sunnah. Semoga Allah melipatgandakan pahala kita, InsyaAllah. (^^,)

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Thursday, 7 June 2012

الحقيقة والمجاز

السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم

Persoalan : mohon jelaskan tentang majaz wa haqiqah. bagaimana hendak membina ayat majaz dengan mudah ?? mohon jelaskan ..=)
-khairun nabila-


InsyaAllah, hari ini khair akan berkongsi sedikit ilmu mengenai الحقيقة والمجاز.mohon maaf andai ada salah silap daripada khair.khair juga masih belajar.. ^_^


الحقيقة
(Menunjukkan makna sebenar)

 :مثل 

يصطاد أبي السمك في البحر
(1a) Ayah saya menangkap ikan di laut

إذا جاء الليل نعيش في الظلمات
(2a) Jika tibanya malam, kami hidup dalam suasana gelap

المجاز
(Menunjukkan BUKAN makna sebenar)

 :مثل

أتعلم علم البلاغة من البحر
(1b) Saya belajar Ilmu Balaghah daripada orang yang dalam ilmunya

أخرج الرسول الناس من الظلمات إلى النور
(2b) Rasul mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya

________________________________________________________________________







Ok,sekarang cuba anda perhatikan perbezaan antara kedua-dua ayat [ (1a)-(1b) ] dan [ (2a)-(2b) ]. Anda nampak perbezaan??? :)

Kita cuba selidik satu-persatu :

  • البحر sebenarnya membawa maksud Laut bukannya Orang yang dalam ilmunya. tetapi ayat (1b), Laut dijadikan perumpamaan bagi Orang yang dalam ilmunya merujuk kepada laut yang dalam. Faham??? :)
  • الظلمات sebenarnya membawa maksud Gelap tetapi dalam ayat (2b) dijadikan perumpamaan Kegelapan yang merujuk kepada KEKAFIRAN. Hal ini kerana KEKAFIRAN berlawanan dengan cahaya (KEIMANAN). :)

Alhamdulillah,inilah serba sedikit perkongsian ilmu daripada khair. Semoga memberi manfaat kepada pembaca dan diri ini, insyaAllah. ^_^


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR