Tuesday, 5 February 2013

Ujian...


Bismillahirrahmanirrahim.
     
  Mesir. Pelbagai pengalaman baru yang saya tempuhi di sini. Termasuklah ujian dan cubaan daripada Ilahi. Ini semua lumrah kehidupan. Ujian ini akan menjadikan kita seorang insan yang kuat pada masa hadapan.  
       Hadis Qudsi riwayat Bukhari dan Muslim: Allah S.W.T turun ke langit dunia pada satu pertiga hujung malam tersisa dan Allah S.W.T bertanya kepada hambaNya, “Adakah terdapat hambaku yang bangun pada waktu ini dan berdoa kepadaKu? Aku mahu makbulkan doa dia. Adakah terdapat hambaKu yang bangun pada waktu ini dan ingin bertaubat padaKu? Aku mahu ampunkan dosanya. Adakah terdapat hambaKu yang bangun pada waktu ini dan meminta? Aku mahu beri apa yang dia minta.”
       Kita hamba yang jahil dan banyak dosa tetapi Allah offer untuk makbulkan doa, ampunkan dosa dan memberi apa yang kita pinta. Subhanallah! Begitu pemurahnya Allah S.W.T. Tetapi kebanyakan daripada kita bangun pada waktu malam untuk menonton bola, melayari internet, membuat kerja dan sebagainya. Betapa sombongnya kita! Banyak nikmat yang Allah beri tetapi apa yang kita lakukan untuk Allah? Tepuk dada tanya iman.

Mintalah kepadaNya

       “Dan tuhanmu berfirman, berdoalah kepadaKu, nescaya akan  Aku perkenankan bagimu.” (Surah Ghafir:60)

Jangan kita ego kepada tuhan. Ayat di atas memang jelas menyuruh  supaya meminta kepada Rabb kita. Solat lima waktu secara berjemaah di masjid atau surau. Puasa sunat Isnin dan Khamis. Membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari beserta terjemahan. Bangun malam bermunajat kepadaNya. Semua  ini akan menarik cinta dan redha  Allah kepada kita. Pohonlah seikhlasnya. InsyaAllah, Allah pasti akan makbulkan.

Bersyukur saat diuji

       “Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun.” (Surah Al-Mulk:2)

 Apabila kita ditimpa ujian, ceritalah kepada Allah. Memang pada zahirnya kita tidak akan dapat keluar daripada masalah tersebut secara langsung, tetapi kelegaan di dalam jiwa akan dirasai. Kita pasti akan tersenyum kerana senyum itu indah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
       “Ya Allah, Engkau bantulah kami. Jangan Engkau duga kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami hadapi.” Berdoalah dengan setulus hati kepadaNya. Allah timpakan ujian kepada kita kerana Dia teramat menyayangi kita. Dia mahu hambaNya menangis dan merintih kepadaNya. Bersangka baiklah kepadaNya.
       Di saat kita ditimpa kesulitan, janganlah diabaikan setiap ibadah yang kita jaga selama ini terutamanya solat. Tatkala kita sakit, kita bagaikan orang tua yang lupa untuk menunaikan solat. Berbeza pula sewaktu kita sihat, setiap hari kita pergi menunaikan solat di masjid. Tetapi kenapa apabila kita menghadapi ujian kecil Allah ini, kita lupa tentang solat? Kerana solatlah perkara pertama yang akan ditanya di akhirat nanti.  

       “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (Surah Asy-Syarh:5-6)

      Sesungguhnya kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Jalannya dihiasi duri-duri luka. Tidak dibiarkan lena dalam limpahan nikmat. Tetapi dihidangkan keperitan dan onak duri yang tiada sudah umpama perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W.
       Bilamana keyakinan kita adalah yang tertinggi kepada Allah, segala yang sempit menjadi lapang, yang sulit menjadi senang dan jiwa yang resah menjadi tenang. Teguhlah di jalanmu wahai jundullah islam! Usah meminta diperkecil ujian, tetapi pintalah agar dikuatkan iman menghadapi ujian. Hal ini kerana ujian sebagai medan untuk mendidik dan mertarbiyah diri, sebagai hadiah daripada pemberi, sebagai tanda kasih dan saying Ilahi.
     Sahabatku, bersyukurlah andai diri masih diuji, kerana hati ini masih diberi peluang ditarbiyah oleh Allah untuk menerima hidayah melalui ujianNya. Bangkitlah! Teliti diri koreksi hati. Wallahu A’lam.
Hayyu ‘Asyir,
Kaherah, Mesir.
8.27 am

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Bismillah...



Esok adalah Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, nabi junjungan buat umat islam seluruh dunia.

Seluruh alam semesta bergema berselawat ke atas baginda,

Baginda adalah pemimpin negara,


Baginda adalah peniaga yang berjaya,


Baginda adalah pahlawan di medan perang,


Baginda adalah suami yang rajin membantu isteri,


Baginda adalah tempat sahabat² merujuk ilmu,

Hebat kan Idola kita ini?



Salam Maulidur Rasul..♥



P/s: Perbanyakkan selawat bukan hanya pada Hari Kelahiran Baginda sahaja. :D


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Sunday, 21 October 2012

Nasihat Luqman Al-Hakim





Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah fikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilanglah pula ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir


Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya
...


Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang mengurus jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Kerana jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu


Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya


Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan




Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang


Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para Nabi. Kalimat itu adalah


 Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik
 Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu
 Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu
 Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu
 Ingatlah Allah selalu
 Ingatlah maut yang akan menjemputmu
 Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain
 Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu



Luqman Al-Hakim bukanlah seorang nabi ataupun rasul tetapi kehidupannya di abadikan dalam Al-Quran kerana kehidupan Luqman Al-Hakim penuh dengan hikmah dan kebaikan

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR