Wednesday, 9 October 2013

Untukmu Mesir

Bismillah.

     Sejak pemergianku dari Bumi Mesir pulang ke Malaysia, kerinduan yang menggunung tidak dapat ku bendung lagi. Saya ingin segera pulang ke Mesir. InsyaAllah, hari itu akan tiba. 

     Di sini, saya nukilkan satu lirik lagu mengenai seruan kebangkitan buat umat Islam di Bumi Barakah itu yang telah diterjemah ke dalam bahasa melayu. Hanya lagu ini menjadi pengubat rinduku dan menjadi pemacu semangat buatku untuk menimba ilmu  Bumi Seribu Menara yang kini berlaku sedikit pergolakan.

UNTUKMU MESIR

Kami tidak akan berputus asa dan kami tidak akan pulang,
Hidup Mesir.
Dan kami tidak akan meninggalkan apa-apa tuntutan,
Hidup Mesir.
Hak asasi manusia yang kami semua mahukan,
Hidup Mesir.
Keadilan sosial dan roti untuk dimakan,
Hidup Mesir.

Kami tidak akan lagi berdiam diri,
dan tidak akan memendamkan apa yang kami fikirkan.
Cukuplah ketidakadilan dan kemiskinan,
dan cukuplah apa yang berlaku terhadap kami.
Hidup Mesir,
dan kebebasan selamanya.
Revolusi sehingga kejayaan.
Di Mesir, ibu kepada dunia,
Hidup Mesir.

Orang muda Mesir orang yang berani,,
Hidup Mesir.
Dan orang-orangnya adalah wira,
Hidup Mesir.
Kami tidak akan melupakan darah syuhada' kami,
Hidup Mesir.
Merampas kembali maruah kami daripada rejim,
Hidup Mesir.
Tiada kesakitan, tiada kezaliman dan rasuah,
samada di Mesir dan tempat lain.
Hidup Tunisia, Palestin dan Kesatuan Arab.
Hidup Mesir.

Apa yang nenek moyang kami telah mulakan.
Kami membina kehidupan kami dengan maruah.
Kerana Mesir adalah tanah air kami,
dan kami akan membinanya untuk anak-anak kami.
Hidup Mesir.

*Semoga Allah memelihara Mesir dan negara-negara umat Islam yang lain.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tuesday, 1 October 2013

Berita Gembira

Bismillah.

     Apa khabar sahabat sekalian? Sudah lama saya tidak mencoret di laman blog saya ini atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah, dengan kesempatan yang ada, saya ingin berkongsi dengan kalian berkenaan tajuk di atas.

     Hari ini kita berdepan dengan realiti bahawa Islam dihina dan dipijak-pijak tanpa perikemanusiaan. Namun, perkhabaran mengenai BERITA KEMENANGAN ISLAM amatlah dituntut pada masa kini. 

     Kerana Baginda S.A.W menyuruh kita untuk menyampaikan berita gembira dan bukan berita yang boleh menimbulkan kebencian terhadap Islam. Begitu juga Baginda S.A.W. menyuruh kita supaya memudahkan urusan agama dan jangan menyulitkannya. Inilah kaedah yang digunakan oleh Doktor Yusuf Al-Qaradhawi Rahimallah dalam memberi fatwa beliau. Kita dapat lihat di dalam fatwa beliau yang bersifat wasatiyyah (sederhana) dan meraikan semua pihak.

     Selain itu, umat Islam secara umumnya dan para penggerak Islam secara khususnya melalui satu perjalanan yang panjang menghadapi liku-liku di dalam perjalanan dakwah. Jika kita sampaikan berita gembira, secara tidak langsung akan menggerakkan kemahuan dalam bekerja malah memberi 1001 semangat kepada para pendakwah.

     Tambahan pula, pihak musuh Islam mengisytiharkan kempen peperangan terhadap Islam dengan tohmahan terhadap ahli gerakan Islam agar mereka futur (lemah) dan tertekan dengan dakwah mereka. Mereka merancang politik itu bukan sebahagian di dalam Islam walhal Islam yang sebenar perlulah menceburi bidang politik.

     Ramai orang beragama menyebarkan satu pemikiran yang salah tentang akhir zaman. Atau dengan pandangan sisi yang lain, mereka mengatakan masa depan umat Islam pada akhir zaman sudah gelap. Hal ini akan meletakkan Islam dalam keadaan lesu. Oleh itu, kita mesti menyampaikan berita gembira supaya kita dapat menyangkal dakwaan golongan-golongan ini.

     Setiap pendakwah Islam wajib yakin dengan janji Allah tentang berita gembira dan masa depan Islam agar kita dapat menyisihkan sikap putus asa kerana sikap ini adalah kelaziman bagi kekufuran dan kesesatan.

     Imam Hasan Al-Banna menyatakan di dalam kitabnya "Risalah" bahawa sesungguhnya perkara yang berlaku pada hari ini adalah mimpi bagi semalam dan mimpi pada hari ini adalah hakikat pada hari esok. Maksudnya kemenangan Islam pada hari ini adalah mimpi tetapi adalah ia merupakan satu hakikat pada masa akan datang. Maka, sampaikan berita baik dan renungkan berkenaan kemengan Islam.

     Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab bagi kita sebagai seorang dai'e (pendakwah) untuk menyampaikan berita gembira akan kemenangan Islam kerana itu merupakan janji Allah yang pasti. Mantapkan diri kita dengan tarbiah dan hiduplah di dalam satu jemaah agar kita menjadi 'kebal' dalam menangani musuh-musuh Islam.



"Tanpa Tarbiah Gerenti Rebah"

"Renung-renungkan Dan Selamatkan Umat"

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Thursday, 29 August 2013

Kebangkitan Islam #2

بسم الله الرحمن الرحيم


      Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya dapat lagi saya berkongsi sedikit ilmu daripada ilmu-ilmu Allah yang sangat luas ini. Saya bukanlah yang terbaik dalam kalangan kalian. Namun sama-samalah kita berusaha ke arah tersebut. 

     Seperti yang dijanjikan, pada hari ini kita akan menyambung Siri Kedua ringkasan kitab  
  الصحوة الإسلامية بين الآمال والمحاذيرkarangan Al-Allamah Syeikh Doktor Yusuf Al-Qaradhawi. Bagi yang belum mengikuti Siri Pertama, sila  rujuk sini.


ANTARA CITA-CITA DAN KEBIMBANGAN

·       Cita-cita Kita Mengenai Kebangkitan

-         Apa yang kita harapkan di sini ialah sebuah kepimpinan yang mampu membimbing umat.


·       Kebangkitan Memerangi Kebebasan

Ada dua asas :

1)   Memerangi Kebebasan

-         Membebaskan bumi Islam daripada cengkaman asing.
-         Mustahil memerangi penjajah melainkan Islam menguasai kepimpinan dan menguasai perjuangan.
-         Kemenangan ialah milik Allah tetapi pertolongan ini tidak dikurniakan melainkan kepada golongan orang yang beriman. (Surah Al-Anfal : 62)

2)   Kebangkitan Dan Persaingan Kemajuan

-         Kita memerlukan kepada kemampuan yang kuat bagi menampung kekurangan daripada sudut ilmu dan tekonologi.
-         Untuk menguasainya, memerlukan kekuatan iman dan roh Islam.
-         Menjadikan ibadah dan jihad di jalan Allah S.W.T.
-         Kita umat yang banyak bercakap tetapi kurang daripada sudut penghasilan.

·       Mestilah Memahami Islam Secara Betul

-         Perkara yang berlaku sekarang ini adalah umat Islam menyempitkan pengertian dan kefahaman Islam hanya dalam perkara juzuk (satu bahagian sahaja).
-         Golongan-golongan pelampau merupakan golongan yang bahaya kerana mereka akan menyempitkan pengertian Islam.

 ·       Kebangkitan Mestilah Usaha Yang Lama, Jelas Dan Mendalam

-         Serangan pemikiran menyempitkan rukun agama dalam pengertian yang terhad.
-         Agama hanya dikenali di televisyen dan radio sahaja.
-         Agama perlu bercampur dengan kehidupan kerana agama itu ubat kepada kehidupan.
-         Kita tidak mahu menjadi seperti Kristian kerana mereka memisahkan agama dengan pemerintahan.

·       Berita Gembira

-         Kebangkitan Islam telah berjaya memacu umat Islam dalam memerangi serangan pemikiran.
-         Banyak pemikir barat sudah mula mengkritik tamadun barat sendiri.
-         Mereka tahu masalah yang berlaku, tetapi mereka tiada penawar.

·       Perkara yang dibimbangkan

-         Kemunculan gerakan yang merencatkan kebangkitan ini:

1.    Ekstrimis (Pelampau)

-         Terlampau berlebihan di dalam menilai sesuatu perkara.
-         Syadid pada perkara furu’.
-         Keluarkan fatwa yang berat untuk masyarakat.
-         Keluarkan fatwa mengikut hawa nafsu semata-mata ataupun mengikut kehendak orang awam.
  
2.    Perpecahan.

-         Mendakwa membawa Islam tetapi memecahbelahkan Islam.
-         Berbilang jemaah kepada kumpulan dan ajaran.
-         Konsep taadud jemaah dalam Islam perlulah saling membantu bukanlah berlawanan.

3.    Tenggelam dalam Politik

-         Aktif dalam politik sehingga mengatasi tarbiah dan akhlak.
-         Sepatutnya kebangkitan Islam perlu dituntut melalui tarbiah.
-         Islam menyuruh kita menguatkan gerak kerja di mana sahaja kita berada.

    

     Alhamdulillah, serba sedikit perkongsian daripada al-faqir mengenai "Kebangkitan Islam, Antara Cita-cita & Kebimbangan." Semoga saya dan sahabat-sahabat diberi ilmu yang bermanfaat melalui perkongsian ini.

     Dalam Siri Pertama, saya ada menukilkan ayat daripada kalam Sheikh yang berbunyi "Bukanlah satu perkara hebat yang dimiliki Negara Islam berkaitan dengan petrol yang dimiliki, kapas, emas atau perak, tetapi PEMUDA yang berjiwa revolusi. Iaitu pemuda yang berpegang teguh dengan Islam." Teringat saya akan perkongsian seorang senior saya melalui akaun facebooknya, "Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar." -Dr. Fathi Yakan-




*Renung-renungkan dan Selamatkan Ummah

**Pray4Egypt

Wallahu A'lam.
Assalamualaikum W.B.T.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR