Wednesday 28 August 2013

Kebangkitan Islam #1

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

   Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi saya mencoret serba sedikit perkongsian ilmu daripada diri yang faqir ini.

   InsyaAllah, dalam beberapa minggu yang lalu, saya telah membuat satu ringkasan kitab mengenai kebangkitan Islam berdasarkan kitab الصحوة الإسلامية بين الآمال والمحاذير karangan Al-Allamah Syeikh Doktor Yusuf Al-Qaradhawi selepas saya menghadiri satu program daurah kitab ini anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). 



   Kitab ini sesuai dengan keadaan semasa yang berlaku di negara-negara Islam khususnya Bumi Anbiya', Mesir. Moga dengan perkongsian ini, Allah memberi hidayah kepada al-faqir dan sahabat sekalian, InsyaAllah. Saya akan membahagikan kepada 2 isi, iaitu mengenai KEBANGKITAN ISLAM dan CITA-CITA & KEBIMBANGAN. Kali ini, hanya isi pertama yang dapat saya coretkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan Islam?

   KEBANGKITAN ISLAM ialah satu perkara terhebat yang dimiliki oleh umat Islam hari ini.

-         Bukanlah satu perkara hebat yang dimiliki Negara Islam berkaitan dengan petrol yang dimiliki, kapas, emas atau perak, tetapi PEMUDA yang berjiwa revolusi. Iaitu pemuda yang berpegang teguh dengan Islam.



  • ·       Makna Kebangkitan

-         Sedar atau berjaga-jaga.  Sedar daripada tidur atau mabuk.
-         Secara umumnya ialah kebangkitan selepas hilangnya kesedaran.



  • Sebab hilangnya kesedaran: 1) Sebab dalaman
                                                  2) Sebab luaran

Sebab Dalaman

-         Kemunduran yang melanda umat akibat kemunduran zaman dan salah faham terhadap Islam dan sudut pelaksanaanya.
  
Sebab Luaran

-         Penjajahan yang berlaku di negara umat Islam tetapi yang lebih bahaya ialah mereka menjajah pemikiran, jiwa, perasaan, kehidupan, kemasyarakatan dan akhlak.


Ahli sejarawan terkenal, ‘Bernard Louis’ di dalam bukunya yang bertajuk “Barat dan Timur Tengah” menyatakan bahawa perkara terburuk yang melanda umat Islam dalam sejarah mereka ada dua:

1.    Peperangan Mongol (Tatar)
-         Mereka menghancurkan ibu kota Abbasiah di Baghdad dan tamadun Islam ketika itu.

2.    Peperangan dari segi pemikiran pengetahuan moden yang dilancarkan terhadap umat Islam.

Serangan pemikiran lebih bahaya daripada peperangan Mongol (bersenjata).



  • ·       Peringkat Kebangkitan Pemikiran

1)   Pemikiran Yang Bermasalah
-         Terpengaruh dengan pemikiran lain secara mutlak.
-         Berpandangan bahawa tiada cara lain untuk memajukan umat Islam selain menceduk pemikiran tamadun barat.

2)   Pemikiran Justifikasi
-         Mengatakan mereka Muslim tetapi mengambil perkara daripada barat dan menjadikan Islam sebagai pakaian sahaja.


 3)   Pemikiran Beralasan
-         Menjadikan Islam sebagai pertahanan diri.
-         Mereka memberi pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.

4)   Pemikiran Kebangkitan
-         Bersedia berhadapan dengan pemikir barat dan mampu menolak pemikiran orientalis.



  •  ·       Kebangkitan Emosi Dan Perasaan

-         Perkataan “kebangkitan” di sini bukanlah bermaksud bangun daripada tidur tetapi kebangkitan hati dan perasaan.
-         Pemikiran manusia bukan hanya terdiri daripada akal sahaja tetapi hati dan perasaan juga.
-         Manusia bukan terdorong hanya pada akal tetapi perlu kepada hati dan perasaan sehingga mendatangkan cinta kepada Allah dan Rasul serta taat kepada Islam.



  • ·       Kebangkitan Gerak Kerja Dan Akhlak

-         Kebangkitan gerak kerja dan akhlak mestilah berlandaskan Islam.
-         Jikalau dahulu masjid dipenuhi dengan orang tua, tetapi sekarang juga dipenuhi dengan anak muda. Begitu juga dalam mengerjakan Haji dan Umrah.
-         Kita dapat lihat di negara Islam seluruh dunia, manusia mengerjakan solat di jalan-jalan dan ketika solat Jumaat pula banyak masjid dipenuhi masyarakat.



  • Kebangkitan Wanita Islam

-         Berlaku perubahan kepada wanita Islam. Kalau dahulu kita kurang melihat pemakaian tudung, bahkan terasa pelik!
-         Kadang-kadang  mereka tiada pemahaman dalam pemakaian tudung.
-         Mereka memakai tudung atas sebab kefahaman dan kesedaran tetapi ada juga yang mengikut suasana dan menjadi ikutan sahaja.




  • ·       Kebangkitan Antarabangsa

-         Kebangkitan bukan hanya berlaku di rantau arab, atau negara-negara teluk, tetapi sudah berkembang ke seluruh alam.



  • ·       Kebangkitan Pemuda

-         Golongan pemuda merupakan tiang kepada bangsa terutama golongan pemuda yang mempunyai ilmu pengetahuan.
-         Mereka menjiwai Islam samada daripada peringkat sekolah mahupun universiti dan mereka mewarisi agama.
-         Golongan pemuda yang membentuk kebangkitan Islam ini.

Bersambung...


Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

2 70 Komentar:

Muhammad Naim Abdullah said...

Insha Allah

entri yg menarik..

http://pemudattbc.blogspot.com/2013/08/syria-rpg-jabhat-ul-nussrah-mengena.html

RPG memusnhakan kereta kebal bashar assad.

#FreeSyria

Nour Adieb said...

nice entry, thanks sharing :)

Post a Comment

Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR