Friday, 30 September 2011

Teladani Rasulullah SAW : Hargai Pemberian Seseorang...


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. 

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan 
"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM Tahun 2011


Assalamualaikum W.B.T. dan salam ukhuwah.
Dalam entri ini, saya nak kongsikan Takwim Peperiksaan Tahun 2011 bagi Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM yang telah dikeluarkan di dalam laman web KPM.


TARIKH PEPERIKSAAN TAHUN 2011

PeperiksaanTarikh
UPSR
Ujian Bertulis
13 - 15 September 2011 (3 hari)
PMR
Ujian Bertulis
4-6 Oktober 2011 (5 hari)
SPM
Ujian Bertulis
14 November - 14 Disember 2011  (16 hari)
STPM
Ujian Lisan
20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
STPM
Ujian Bertulis
21 November 2011 - 15 Disember 2011
STAM
Ujian Lisan
11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
STAM
Ujian Bertulis
12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Semoga berjaya saya ucapkan kepada semua yang akan mengambil peperiksaan ini. Jangan lupa setiap usaha yang bersungguh-sungguh perlu diiringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah. Sekian, Wassalam...

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Saturday, 24 September 2011

10 Solat Yang Tidak Diterima Allah

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni khair nak berkongsi ilmu mengenai 10 macam orang yang solatnya tidak diterima Allah SWT. Nauzubillahi min zalik...




Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud : 10 orang yang solatnya yang tidak diterima Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yg solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibubapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9.Orang yang suka makan riba.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.







Bagi khair kebanyakan daripada kita berada di dalam golongan kesepuluh termasuk diri khair. NAUZUBILLAH. Oleh itu, marilah bersama-sama kita muhasabah diri kita. Tepuk dada tanya iman ya kawan-kawanku. Salam...
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR