Bismillah...
1 kisah mengenai kemuliaan peribadi Rasulullah S.A.W. Wajah Rasulullah S.A.W sentiasa ceria dan berseri sekalipun berhadapan dengan orang yang di bencinya. Di riwayatkan bahawa suatu hari Uyainah bin Hishn memasuki kediaman Rasulullah S.A.W. Lelaki itu memiliki sifat yang kasar dan sifat itu sebati dengannya, sebagai cara untuk menyelamatkan kaumnya. Ketika Uyainah tiba di hadapan Rasulullah S.A.W, baginda hanya tersenyum.
Aisyah juga berkata bahawa ada seorang lelaki yang ingin bertemu Rasulullah S.A.W. Apabila melihat orang itu walaupun dari jarak jauh, baginda bersabda: "Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat." Namun ketika lelaki itu duduk di hadapannya, baginda hanya tersenyum dan menerima dengan baik kedatangannya. Setelah lelaki itu pulang, Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah S.A.W, tadi engkau menyatakan dia begitu begini, tetapi apabila dia berada di depanmu, engkau telah menerima kedatangannya dengan baik."
1 70 Komentar:
mulia sungguh rasul junjungan kita kan
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.