بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi saya mencoret serba sedikit perkongsian ilmu daripada diri yang faqir ini.
InsyaAllah, dalam beberapa minggu yang lalu, saya telah membuat satu ringkasan kitab mengenai kebangkitan Islam berdasarkan kitab الصحوة الإسلامية بين الآمال والمحاذير karangan Al-Allamah Syeikh Doktor Yusuf Al-Qaradhawi selepas saya menghadiri satu program daurah kitab ini anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM).
Kitab ini sesuai dengan keadaan semasa yang berlaku di negara-negara Islam khususnya Bumi Anbiya', Mesir. Moga dengan perkongsian ini, Allah memberi hidayah kepada al-faqir dan sahabat sekalian, InsyaAllah. Saya akan membahagikan kepada 2 isi, iaitu mengenai KEBANGKITAN ISLAM dan CITA-CITA & KEBIMBANGAN. Kali ini, hanya isi pertama yang dapat saya coretkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan Islam?
Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan Islam?
KEBANGKITAN ISLAM ialah satu perkara terhebat yang dimiliki oleh umat
Islam hari ini.
-
Bukanlah satu perkara hebat yang dimiliki Negara Islam berkaitan dengan
petrol yang dimiliki, kapas, emas atau perak, tetapi PEMUDA yang berjiwa
revolusi. Iaitu pemuda yang berpegang teguh dengan Islam.
- · Makna Kebangkitan
-
Sedar atau berjaga-jaga. Sedar
daripada tidur atau mabuk.
-
Secara umumnya ialah kebangkitan selepas hilangnya kesedaran.
- Sebab hilangnya kesedaran: 1) Sebab dalaman
2) Sebab luaran
Sebab Dalaman
-
Kemunduran yang melanda umat akibat kemunduran zaman dan salah faham
terhadap Islam dan sudut pelaksanaanya.
Sebab Luaran
-
Penjajahan yang berlaku di negara umat Islam tetapi yang lebih bahaya
ialah mereka menjajah pemikiran, jiwa, perasaan, kehidupan, kemasyarakatan dan
akhlak.
Ahli sejarawan terkenal, ‘Bernard Louis’ di
dalam bukunya yang bertajuk “Barat dan Timur Tengah” menyatakan bahawa perkara
terburuk yang melanda umat Islam dalam sejarah mereka ada dua:
1.
Peperangan Mongol
(Tatar)
-
Mereka
menghancurkan ibu kota Abbasiah di Baghdad dan tamadun Islam ketika itu.
2.
Peperangan dari
segi pemikiran pengetahuan moden yang dilancarkan terhadap umat Islam.
Serangan pemikiran lebih bahaya
daripada peperangan Mongol (bersenjata).
- · Peringkat Kebangkitan Pemikiran
1) Pemikiran Yang Bermasalah
-
Terpengaruh dengan pemikiran lain secara mutlak.
-
Berpandangan bahawa tiada cara lain untuk memajukan umat Islam selain
menceduk pemikiran tamadun barat.
2) Pemikiran Justifikasi
-
Mengatakan mereka Muslim tetapi mengambil perkara daripada barat dan menjadikan
Islam sebagai pakaian sahaja.
3) Pemikiran Beralasan
-
Menjadikan Islam sebagai pertahanan diri.
-
Mereka memberi pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.
4) Pemikiran Kebangkitan
-
Bersedia berhadapan dengan pemikir barat dan mampu menolak pemikiran
orientalis.
- · Kebangkitan Emosi Dan Perasaan
-
Perkataan “kebangkitan” di sini bukanlah bermaksud bangun daripada tidur
tetapi kebangkitan hati dan perasaan.
-
Pemikiran manusia bukan hanya terdiri daripada akal sahaja tetapi hati
dan perasaan juga.
-
Manusia bukan terdorong hanya pada akal tetapi perlu kepada hati dan
perasaan sehingga mendatangkan cinta kepada Allah dan Rasul serta taat kepada
Islam.
- · Kebangkitan Gerak Kerja Dan Akhlak
-
Kebangkitan gerak kerja dan akhlak mestilah berlandaskan Islam.
-
Jikalau dahulu masjid dipenuhi dengan orang tua, tetapi sekarang juga
dipenuhi dengan anak muda. Begitu juga dalam mengerjakan Haji dan Umrah.
-
Kita dapat lihat di negara Islam seluruh dunia, manusia mengerjakan
solat di jalan-jalan dan ketika solat Jumaat pula banyak masjid dipenuhi masyarakat.
- Kebangkitan Wanita Islam
-
Berlaku perubahan kepada wanita Islam. Kalau dahulu kita kurang melihat
pemakaian tudung, bahkan terasa pelik!
-
Kadang-kadang mereka tiada
pemahaman dalam pemakaian tudung.
-
Mereka memakai tudung atas sebab kefahaman dan kesedaran tetapi ada juga
yang mengikut suasana dan menjadi ikutan sahaja.
- · Kebangkitan Antarabangsa
-
Kebangkitan bukan hanya berlaku di rantau arab, atau negara-negara
teluk, tetapi sudah berkembang ke seluruh alam.
- · Kebangkitan Pemuda
-
Golongan pemuda merupakan tiang kepada bangsa terutama golongan pemuda
yang mempunyai ilmu pengetahuan.
-
Mereka menjiwai Islam samada daripada peringkat sekolah mahupun
universiti dan mereka mewarisi agama.
-
Golongan pemuda yang membentuk kebangkitan Islam ini.
Bersambung...
2 70 Komentar:
Insha Allah
entri yg menarik..
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/08/syria-rpg-jabhat-ul-nussrah-mengena.html
RPG memusnhakan kereta kebal bashar assad.
#FreeSyria
nice entry, thanks sharing :)
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.