Bismillah
Di dalam kitab
الأمة الإسلامية... حقيقة لا وهم
Karangan Dr Yusuf al-Qaradhawi ada menyebut mengenai Umat Islam adalah satu REALITI berdasarkan beberapa aspek iaitu;
1) Logik Agama
Al-Quran menggambarkan umat Islam sebagai "Umat Yang Satu" berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku" [Surah Al-Anbiya' : 92]
Di dalam hadis ada menyebut: "Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh" [Riwayat Bukhari dan Muslim]
2) Logik Sejarah
Sulaiman al-Halabi, keluaran al-Azhar membangkitkan kesedaran kesatuan "Ketimuran Arab" menentang tentera Napolion
Jamaluddin al-Afghani, mengetuai kebangkitan kesatuan Umat Islam menentang penjajah di Afghanistan
3) Logik Geografi
Kita akan lihat warna hijau sebagai simbol kepada peta dunia Islam
4) Logik Realiti Setempat
Jika kita perhati secara mendalam dan sedar, kita akan merasai kewujudan kesatuan Umat Islam lebih-lebih lagi di saat saudara-saudara se-Islam kita di dalam musibah dan kesulitan.
Kita akan saling membantu meringankan mangsa bencana, membantu golongan lemah dan serba kekurangan bila-bila masa di mana jua kita berada
Pada tahun 1967, Qatar telah membuka khidmat kesukarelaan bagi membantu rakyat Palestin atas nama kesatuan Umat Islam
5) Logik Pihak Musuh
Musuh melihat kesatuan Akidah Umat Islam dan berusaha untuk memecahkan blok tersebut. Mereka beranggapan bahawa kesatuan Akidah dan Fikrah mampu mengancam mereka
6) Logik Maslahah dan Zaman
Kehilangan Khilafah Islamiah pada 1924 secara tidak langsung membangkitkan semangat untuk membina kembali Khilafah di muka bumi ini
0 70 Komentar:
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.