Assalamualaikum W.B.T. dan salam jumaat.
Hari ini khair nak kongsi satu cerita yang mana kita boleh ambil pengajaran daripada kisah para sahabat. Marilah sama-sama kita renungkan selepas membacanya.
Suatu hari Tufaili menemani seorang lelaki dalam perjalanan. Si lelaki berkata kepadanya: "Pergilah dan belikan daging untuk kami."
Tufaili: "Tidak, demi Allah saya tidak mampu."
Si lelaki kemudian pergi dan membeli daging, kemudian setelah memperoleh daging dia berkata kepada Tufaili: "Masaklah daging ini."
Tufaili: "Saya tidak pandai masak."
Kemudian lelaki tersebut yanjg memasak. Dan setelah selesai dia berkata: "Rendamlah masakan ini dalam kuah."
Tufaili: "Saya demi Allah malas."
Akhirnya lelaki tersebut mengalah dan merendam masakan ke dalam kuah. Kemudian dia berkata: "Tuangkanlah masakan ini ke dalam pinggan."
Tufaili: "Saya takut masakan tersebut tumpah membasahi pakaianku."
Si lelaki untuk kesekian kalinya mengalah lagi dan menuangkan masak tersebut ke pinggan. Kemudian dia berkata kepada Tufaili:" Sekarang makanlah."
Tufaili: "Demi Allah, saya malu jika saya menolaknya makan semakin banyaklah aku mengingkari arahanmu."
Kemudian Tufaili bangun dan makan.
2 70 Komentar:
Sakit hati dengan org malas.! hehhe
sabor je lahkan..
sgt3 btol...
lg2 kalo mls nk wat bende yg dtgkn manfaat diri sndiri...
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.