Sunday, 14 August 2011

Meninggalkan Solat

Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamualaikum W.B.T. diucapkan kepada kawan-kawan khair sekalian. Di kala ini, khair ingin berkongsi sedikit ilmu yang khair dpt dalam tazkirah di masjid berhampiran rumah khair selepas isyak (sebelum tarawikh). Seperti yang kawan-kawan tahu, Solat salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal). Kefarduan ini telah disepakati ulama’ (ijma’) dan dikira sebagai (ما يُعْلـَمْ مِنَ الدِّينِ بالضَرُورَة) perkara asas agama yang diketahui oleh setiap muslim. Sesiapa yang mengingkari kewajibannya menjadi kafir dan murtad, kekal dalam neraka; kerana kefarduannya disandarkan kepada nas yang jelas dan qathi’e (tidak dapat ditokok tambah) daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’.
Sesiapa yang meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan kewajibannya tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke atasnya beberapa perkara:-
1.   Bertaubat, beristighfar serta menyesal di atas perbuatannya.
2.   Mengqada’kan solat yang ditinggalkannya.
3.   Dijatuhkan ke atasnya hukuman had.


Okay semua kawan-kawan khair, sekarang kita akan berbincang tentang perkara ke-3 iaitu DIJATUHKAN KE ATASNYA HUKUMAN HAD.

Hukuman had kepada sesiapa yang meninggalkan solat:

Ulama’ mazhab berbeza pendapat pada bentuk hukuman yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan solat, setelah mereka bersepakat pada keharamannya dan besarnya dosa peninggalnya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

* Mazhab Hanafi: Peninggal solat dihukum fasik dan wajib dipenjarakan dan dirotan dengan kuat sampai keluar darah, sehinggalah dia kembali solat dan bertaubat atau mati di dalam penjara. Dia tidak dibunuh kecuali mengingkari kewajipan solat atau mempersendakannya.

* Jumhur ulama’ daripada mazhab Maliki dan Syafie: Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum bunuh walau pun meninggalkan satu fardhu sahaja. Disuruh agar bertaubat selama tiga hari, jika enggan dijatuhkan hukuman had dengan dipenggal kepalanya. Selepas dibunuh, dimandikan dan disembahyangkan ke atasnya serta ditanam di tanah perkuburan orang Islam kerana dia tidak dikira kafir. Ini juga adalah pendapat yang rajih pada mazhab Hanbali sebagaimana dikatakan oleh Ibn Qudamah dalam Al-Mughni . 

Jadi kawan-kawan sekalian, kita dapat lihat di sini betapa besarnya dosa meninggalkan solat samada sengaja ataupun tidak sehinggakan meninggalkan solat dikatogerikan sebagai antara 70 DOSA-DOSA BESAR. NAUZUBILLAH!!!

Semoga kawan-kawan termasuk diri khair muhasabah diri kembali. Apakah kita menjaga solat kita dengan sempurna??? Tepuk dada tanya iman. Setakat ini sahajalah perkongsian ilmu kita. Ingatlah kawan-kawan, SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU DAPAT MENCEGAH DIRI DARIPADA PERKARA KEJI DAN MUNGKAR.

Sekian, assalamualaikum W.B.T ...

Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

0 70 Komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR