Seperti yang kawan2 ketahui, kita akan meraikan ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-54 pada tahun ini. Di sini timbul satu persoalan. Pada pendapat kawan2, apa yang dimaksudkan dengan KEMERDEKAAN dalam konteks islam??? Kawan2 sedia maklum bahawa kemerdekaan dalam konteks negara adalah bebas daripada kuasa penjajahan. Negara merdeka diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyat negara itu. Kemerdekaan adalah harta paling mahal bagi sebuah negara dan rakyatnya. Kita harus bersyukur kerana sudah bebas daripada belenggu penjajah sejak 50 tahun lalu.Kemerdekaan mengikut takrif Islam pula ialah kebebasan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang. Setiap individu berhak melakukan apa yang mendatangkan kebaikan kepadanya. Kebebasan itu tidak pula mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, individu dan pihak lain.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau perempuan, mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.” – (Surah an-Nisa, ayat 124)
2 70 Komentar:
selamat hari raya dan selamat menyambut kemerdekaan :)
kemenangan di hari raya..
Di susun sepuluh jari, meminta maaf zahir dan batin.
Happy holidays!
Selamat hari raya.
Lee.
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.