Apa khabar semua kawan-kawan khair? diharapkan sentiasa berada di bawah rahmat Allah S.W.T, InsyaAllah. kawan-kawan sedar ke tidak yang kita dah pun masuk ke FASA KE-2 RAMADHAN? Ha, kepada kawan-kawan yang belum sedar tu, cepat-cepat la sedar. Khair bukannya apa, ramai tau kawan-kawan di luar sana yang lebih mementingkan urusan lain selain beribadah di bulan yang mulia ini. Khair tau saja yang syaitan-syaitan sedang dibelenggu di dalam neraka sekarang. Tetapi kawan-kawan haruslah sentiasa beringat yang NAFSU juga merupakan AMANAH syaitan dalam melakukan kejahatan. Kita boleh lihat di luar sana. Ada saja kawan-kawan kita yang membuat pelbagai jenis maksiat sama ada besar ataupun kecil termasuklah diri khair ni,huhu.(doakan tau). Jadi, inilah masanya untuk kita bersatu menentang NAFSU DURJANA ini. Fasa ke-2 inilah merupakan satu medan untuk kita bertaubat kepada Allah S.W.T. kerana fasa ini merupakan FASA PENGAMPUNAN (maghfirah).
Bagi kawan-kawan yang terlepas imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.
Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami
Terjemahan perkataan :
اللَّهُمَّ (Allahumma) – Ya Allah
إِنَّكَ (innaka) – sesungguhnya engkau
عَفُوٌّ (‘afuuwun) – pemaaf
تُحِبُّ (tuhibbu) – menyukai
العَفْوَ (al-’afwa) – kemaafaan
فَاعْفُ (fa’fu) – maka maafkanlah
عَنَّا (‘annaa) – dari kami
Ayuhlah kaum muslimin dan muslimat sekalian, kita melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskannya pada malam 10 terakhir dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi.
5 70 Komentar:
nice post. banyak ilmu boleh dimanfaatkan. thanks. ;))
thanks.skdr berkongsi ilmu jer..:)
semoga kita beroleh kemenangan :)
selamat berpuasa ..
insyaAllah sahabat...
selamat berpuasa jga ye...^_^
insyaAllah fahmie firas..
syukran follow sy ya..
salam perknln dan salam ukhuwah!!!
Post a Comment
Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.