Sunday, 28 August 2011

KEMERDEKAAN PADA PANDANGAN ISLAM

Assalamualaikum..


Seperti yang kawan2 ketahui, kita akan meraikan ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke-54 pada tahun ini. Di sini timbul satu persoalan. Pada pendapat kawan2, apa yang dimaksudkan dengan KEMERDEKAAN dalam konteks islam??? Kawan2 sedia maklum bahawa kemerdekaan dalam konteks negara adalah bebas daripada kuasa penjajahan. Negara merdeka diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyat negara itu. Kemerdekaan adalah harta paling mahal bagi sebuah negara dan rakyatnya. Kita harus bersyukur kerana sudah bebas daripada belenggu penjajah sejak 50 tahun lalu.Kemerdekaan mengikut takrif Islam pula ialah kebebasan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang. Setiap individu berhak melakukan apa yang mendatangkan kebaikan kepadanya. Kebebasan itu tidak pula mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, individu dan pihak lain.



Firman Allah yang bermaksud:
Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau perempuan, mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.” – (Surah an-Nisa, ayat 124)

Ok kawan2. Seseorang akan mendapat kemerdekaan sebenar jika menghayati ajaran Islam. Islam memberi panduan membezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Sesiapa berpandukan kepada ajaran Islam pasti tidak akan sesat di dunia dan bakal mendapat kejayaan di akhirat. Wallahu A'lam...
Semoga Kita Mendapat Manfaat Setelah Membacanya

2 70 Komentar:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

selamat hari raya dan selamat menyambut kemerdekaan :)
kemenangan di hari raya..

Lee said...

Di susun sepuluh jari, meminta maaf zahir dan batin.
Happy holidays!
Selamat hari raya.
Lee.

Post a Comment

Assalamualaikum. Sila tinggalkan komen anda di sini. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sifat-Sifat Orang Mukmin

[23:1] Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

[23:2] (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

[23:3] dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

[23:4] dan orang-orang yang menunaikan zakat,

[23:5] dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

[23:6] kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[23:7] Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

[23:8] Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

[23:9] dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

[23:10] Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

[23:11] (ya’ni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Followers

 
COPYRIGHT © 2011 - 2012 ALL RIGHT RESERVED KHAIRULAMIRIN KHABIR